Saturday, 30 April 2016

Resepi : Asam Pedas Daging

Assalamualaikum......

People always get confuse bila aku cakap aku orang Melaka padahal aku duduk Seremban.
Tapi uolls lepas my collegue rasa air tangan masakan asam pedas daging  masa podluck hari tu baru dorang tak confuse hahaha..

Serius weh..risau nak bagi orang rasa  air tangan sendiri.Takut tak sedap ,takut tak kena dengan cita rasa masing-masing.Nak lagi menu daging untuk 28 kepala .Tapi alhamdulilah uolls rasa tu i dapat kongsikan dengan rakan-rakan.

Bila kita selalu travel ke tempat orang ..kena selalu rajin bertanya  resepi mereka sebab aku percaya  setiap orang dari Negeri tu ada menu yang unik dan popular.Yang kau tak boleh belajar dari tempat kita.Negeri Sembilan ,rata-rata bila aku tanya Masak lemak betik atau rendang betik  confirm orang luar tak tahu..Itulah masakan  paling rare yang aku pasti pertama kali baru korang dengar .Betul tak??

Atas permintaan ramai..Aku akan share sekali lagi dengan lebih detail.Sebab ramai yang tak paham resepi 3 in 1 yang aku share sebelum ni.Tak susah nak memasak.Itu saja tips dari Cik N'.Jangan lupa untuk mencuba!


Bahan-Bahan:

Minyak
Daging yang telah di rebus
6 ulas bawang putih tumbuk
4 labu bawang merah  separa blenderized
3 sudu besar Cili kering blend
setengah kepal air asam jawa atau penambah Asam keping
1/2 biji kelapa Santan 
Serbuk kunyit
Daging pejal
1/2 Kiub ikan bilis /ikan bilis tumbuk
Daun limau perut
Tomato
1 batang Serai
3 inchi Lengkuas
2 inci Halia 

Buat yang pertama kali baru nak belajar masak.
Tips pertama dalam masak daging,pastikan pemotongan daging hendaklah berlawan  dengan urat.Kau nampak urat tu melintang maka potong lah menegak.Baru tak liat.
(Asingkan lemak daging buat yang tak makan sebab pening kepala..)
Tips kedua Pastikan jika anda membeli daging pejal yang segar.Beku kan daging semalaman supaya daging tersebut selamat untuk dimakan.

  1. Panaskan minyak untuk menumis dalam anggaran nisbah 3:4 (3sudu b.m/4 sudu chili kering)
  2. Masukkan serai yang dah dititik.
  3. Masukkan 6 ulas B.putih yang telah ditumbuk bersama lengkuas dan halia.
  4. Masukkan 3 labu B.Merah dan 4 sudu besar chili kering yang telah di blend.
  5. Selepas bawang dan cili sebati garing,masukkan 1 sudu kecil serbuk kunyit.
  6. Kemudian , masukkan daging rebus bersama air rebusan daging.
  7. Masukkan 1/2 biji kelapa santan.(Tak pakai banyak pun)
  8. Masukkan air ramasan asam jawa..Boleh top up dengan asam keping kalau tak cukup masam.
  9. Masukkan limau perut bersama kiub ikan bilis.
  10. Masukkan tomato, garam dan gula.


SELAMAT MENCUBA!



1 comment:

naszlan Zulkifly said...

Best nye...bile la dpt rasa ekkk

Tabung Nufnang #