Thursday, 3 April 2014

Imam Mudaku Romantik (IMR) Review

 Assalamualaikum......

            It's a long time that N tak taip dekat lappy.Rinduuuu nak buat blog walking, comment ,post,research dan blablabla.... Sekarang baru ada feel nak menaip,hehe:)Baru2 nie banyak  pesta buku di shopping kompleks.So,N tertarik dengan novel yang berunsurkan nilai2 keagamaan.Macam IMR  nie,N dah habis baca.Nak juga buat review sinopsis IMR  hasil karya kedua adik Haneefa dan yang pertama buat karya seni..


              Mengisahkan tentang  Faqih *hansome dan kaya yang  baru sahaja selesai pengajian  maahad qirati al-zahra dari USIM.Bermula dari pertemuan  Tan Sri Kamarul yang berlegar di hadapan masjid satu as-salam .Pertemuan Faqih dengan Tan Sri tanpa mengenali siapa lelaki itu,membuatkan faqih menggunakan peluang ini untuk menawarkan dirinya untuk bekerja sebagai driver Tan Sri.Bukan kerana terdesak ataupun niat yang  tidak baik tetapi niat di hati Faqih untuk  mendalami lagi rasa kesyukuran.Kehadiran Faqih di dalam keluarga Tan Sri,sedikit sebanyak membawa aura positif  Tan Sri untuk berubah ke jalan yang diredhai Allah.

            Pertembungannya dengan  Laila Khalisah,anak kepada Tan Sri ada sahaja yang tidak kena.Khalisah anak yang taat dan sentiasa berdoa untuk memiliki suami imam muda .selepas identiti faqih terbongkar,sedikit sebanyak memberikan secebis rasa  bahagia kepada dirinya.Namun,identiti  faqih  sebagai anak kepada Dato Farhan  pemilik Syarikat Salfa menimbulkan rasa tidak suka kepada Tan Sri Kamarul atas perkhabaran itu.Namun itu,tidak menjadi halangan Tan Sri yang pernah bermusuh dengan Dato Farhan untuk menyatukan rasa cinta anak-anak mereka.Namun,perkahwinan mereka diduga tatkala bahagia untuk menyambut kelahiran khalifah -khalifah kecil mereka...

Adakah perpisahannya dengan khalisah  akibat fitnah yang ditaburkan ke atas isterinya .Bagaimana Faqih  mendidik hatinya untuk tidak menggugat hatinya fokus untuk meneruskan dakwahnya ?Siapa yang membuat onar di atas rumah tangga mereka?

Astaghfirullahalazim...Ya  Allah bantulah hati ini agar rinduku  kepadanya tidak menjejaskan kedudukan-mu dalam hatiku.

"Dimana Laila sekarang?khalifah-khalifah kecil kita dah lahir ke belum?Abang minta maaf sangat kerana abang tak mampu bersama -sama laila menyambut kelahiran khalifah-khalifah kecil kita."

Adakah bahagia milik mereka?

Pts :  walaupun kita tahu ending novel slalunya bagaimana tapi apa yang penting,bagaimana penulis itu menyusun ceritanya dengan baik,hehe:) 



No comments:

Tabung Nufnang #