Tuesday 4 August 2015

Resepi : Cake Carrot Cheese Walnut^^

Assalamualaikum......

This week i rajin  duduk dapur cuba resepi baru.Actually,this's my second time N' buat.Kalau semalam entry homemade ice-cream bluebery yang menjilat jari tu.Hari ni nak kongsi resepi kek kegemaran N'.Di sebabkan kek ni susah sangat nak cari and mahal bebeno ku gagahkan kaki dan tangan ini untuk buat sendiri.Ermmm,tak susah pun,senang sangat!


BAHAN-BAHAN A:
~Telur gred B 5 biji
~Gula halus 300g
~Minyak masak atau minyak jagung 1 cawan

BAHAN-BAHAN  B: 
~Tepung gandum 250g
~Soda bikarbonat 1 sudu kecil
~Baking powder 2 sudu kecil
~Serbuk kayu manis 1 sudu kecil
~Garam halus 1 sudu kecil

BAHAN-BAHAN TOPING
~Cheese Cream 250g
~Butter  125g
~Gula icing 125g

BAHAN PENTING
~Carrot 3 atau 4 batang (diparut)
~Walnut 1 kampit kecil
(boleh di dapati di kedai supplier barang kek atau super market,kalau rasa bajet kecil nak guna kacang gajus pun boleh tapi tak berapa crunchy sangat.hehehe)

Image result for kek carrot cheese walnut
sumber google:
Cara-caranya:
  1. Bakar walnut dahulu pada suhu 150 darjah selama 5-10 minit.
  2. Sementara menunggu set suhu oven anda pada suhu kek.
  3. Masukkan bahan A dan mixture sampai kembang dan sebati
  4. Masukkan Bahan B yang telah diayak.
  5. Selepas siap barulah masukkan lobak merah (mixture 1 round sudah cukup,
  6. Masukkan ke dalam loyang yang dah di sapu butter keseluruh permukaan supaya kek tak melekat pada loyang,mudah diterbalikkan.)
  7. Barulah masukkan walnut(potong kecil-kecil),gaulkan sehingga sebati pada semua permukaan.
  8. Bakar kek pada suhu180 darjah selama 50 minit.
  9. selepas kek dimasak dan sejuk,Letakkan bahan toping.
  10. Hias kek ikut kretiviti.
PS://Yang mana allergic kacang tu,tak letak pun tak pe,still ade aroma kayu manis dan lobak,yang tak         suka cheese macam saya pun tak nak letak pun tak pe.Sedap makan kalau kek dalam suhu                    sejuk ,yummy^^
       

Selamat mencuba!

No comments:

Tabung Nufnang #