Assalamualaikum......
Air yang tidak pernah kering sejak dahulu lagiSesungguhnya, air adalah makhluk yang paling setia dan amat peka dalam menjalankan perintah Tuhannya!.
Air zamzam yang merupakan satu-satunya sumber air bersih dari bawah tanah di Mekah satu ketika dahulu. Umat Islam sangat mengambil berat tentang air zamzam ini untuk air wuduk dan perubatan
Air diperakui oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik. Air sebenarnya boleh merakam setiap bunyi gema getaran yang dihadirkan kepadanya dengan baik termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita (tanpa kata-kata). Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata. Islam mendidik kita mengambil wuduk dengan air dengan niat, begitu juga dengan mandian dari hadas kecil ataupun besar yang harus di letakkan dengan niat. Tidakkah kita pernah terfikir air itu sedang merakam niat kita? Molekul air mempunyai struktur yang mudah. Namun begitu, struktur ini dapat menghasilkan tindak balas yang kompleks. Air terdiri daripada satu atom oksigen dan dua atom hidrogen.
Menurut Ustaz Zamri, jika kita melakukan atau mendengar perkara-perkara yg tidak berfaedah dan negatif molekul air dalam badan kita berubah menjadi sesuatu yang ‘tidak cantik’.
Badan manusia terdiri daripada unsur cecair (air)? Cuba kita bayangkan bentuk molekul air dalam badan kita jika kita membuat sesuatu perkara yang positif atau negatif? Dan setiap perkara pasti ada kesannya maka apakah kesannya pula terhadap diri anda jika kita membuat sesuatu perkara yang positif atau negatif?
Namun apakah yang akan terjadi dengan rohani dan jiwa kita? Jiwa kita juga kacau seperti molekul air itu, rasa tidak tenang. Jika kita mengalunkan zikrullah, membaca Al-quran, berfikiran positif dan membuat kerja-kerja yang diredhai oleh Allah, insyaAllah rohani dan jiwa kita menjadi tenang seperti molekul air zam-zam yang cantik dan berkilau yang telah dibuktikan melalui bacaan ayat suci alquran yang dijalankan oleh Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama .
Menurut laporan di dalam Sunday Observer, Sri Lanka, pada 30 Januari 2005, di bawah tajuk The Miracle of ZamZam oleh S. H. A. Careem.... kadar calcium,iodin, magnesium, natrium (sodium) dan kalium (potassium) didapati tinggi di dalam air zamzam yang bersifat alkali ini.'Air ini tidak pernah dirawat dengan menggunakan klorin ataupun yang seumpamanya. Mereka merumuskan khasiat air zamzam di sudut kesihatan adalah lebih baik berbanding air mineral yang lain.
credit : facebook(mesteri keajaiban alam),wikipedia,blog..
No comments:
Post a Comment