Tuesday, 7 January 2014

Relax Dengan Home Detox Spa~

Assalamualaikum......




        Syok jugak erk kalau sekali sekala kita manjakan kaki!pergi spa ?
tak payah pergi spa..apa kata girl2 semua relax hujung minggu nie buat spa kaki di rumah.ermm ~
macam menarik jer kan.....boleh hilang stress dan lenguh-lenguh kaki,nak hilangkan bau kaki pon boleh,hihik

Pernah dengar rawatan detox dengan  menggunakan epsom salt?Epsom salt nie bukannya garam yang selalu mak kita gunakan dalam masakkan,tetapi ia adalah garam yang mengandungi mineral magnesium & sulphate.Iwant to tell uolls ye,gabungan 2 jenis mineral ni sangat meletop!dah macam dalam rancangan meletop pulak.

Magnesium memainkan peranan yang penting dalam mengawal aktiviti enzyme di dalam badan,melancarkan pengaliran darah.serta mengurangkan masalah keradangan .Ia juga  membantu otot dan saraf lebih relax.Manakala,sulpahate  membantu meningkatkan penyerapan nutrient dan pembuangan toxin sekaligus meringankan masalah sakit kepala yang sering melanda rakyat.

Epsom juga adalah mineral anti-bakterial & anti-fungal.Sesuai dalam merawat masalah dibawah..

# kaki berbau                                   
# tumit merekah/ibu jari merekah
# athlete foot
# lebam
# terseliuh
# gout(mengurangkan bengkak)
#Membuang kulit mati
#Menanggalkan bintik hitam

Selain itu,mineral yang terkandung didalam epsom juga memberi manfaat pada alam sekitar.Air rendaman kaki tu nanti jangan buang pulak..jirus dekat pokok.Epsom mampu menyuburkan tumbuh-tumbuhan dan kandungan nutrisinya mampu mencegah daun menguning,daun pun nampak sihat menghijau .Ini kerana,magnesium juga adalah element yang penting di dalam  molekul kloropil.Epsom juga bertindak sebagai racun serangga secara semula jadi.

Yuk kita buat treatment Spa di rumah!!!sambil membaca,dengar lagu..kita gunakan aromatherapy ni untuk relax kan minda.Cuba try dekat ibubapa kita mesti dorang suka:)*mana tau boleh dapat duit poket lebih..


TQ FOR READING THIS ENTRY!!!



1 comment:

Unknown said...

oo.. zara bru tauu.. jarang g urut kaki. rasa ny mcm ada kedai yg buat ni kat bawah opis zara ni.. nnti zara try .. ^^

Tabung Nufnang #