Sunday, 13 October 2013

Pesan Nabi Sebelum Tidur..


Bukan sahaja kepada umatnya,malah Rasulullah s.a.w juga sering berpesan kepada Aisyah r.a isteri baginda.Di antara pesanan yang disampaikan ialah supaya tidak tidur sebelum melakukan 4 perkara.

  1. Mengkhatam al-quran.
  2. Memohon  syafaat untuk diri sendiri.
  3. Meminta keredhaan para Muslim
  4. Melaksanakan haji dan umrah.
''Wah nampak macam berat jer untuk kita lakukan perkara nie dalam satu malam kan"
sabar dulu..tak habis lagi ..

Review balik..(di setiap  pesanan di atas memberi maksud lain)
  1. Maksud mengkhatam al-quran:
    • membaca dan mengamalkan surah al-ikhlas 3x  ( 1 bacaan surah menyamai 1/3 daripada al-quran)
  2. Bagaimana pula dengan memberi syafaat kepada diri sendiri..
    • mengamalkan selawat ke atas Nabi  Muhammad s.a.w   (shafaat baginda akan membantu seseorang ketika hari tiada siapa boleh bantu selain diri dan amalan masing-masing.)
  3. Memohon keredhaan kepada Muslimat:
    • Berdoa dan memohon agar ALLAH mengampunkan dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat
    • Doa nya adalah:  astaghfirullahalazim li waali waa lidaiya wali jami ilmuslimina wal muslimat alahya immin hum wal amwat   (maksudnya; Ampuni aku ya ALLAH Yang Maha Besar,kedua ibu bapak,semua muslimin dan muslimat,mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati).
  4. Mengerjakan haji dan umrah adalah dengan cara  memperbanyakkan: 
    • bertasbih( subhanallah)
    • bertahmid( alhamdullilah)
    • bertahlil(la ilaha illallah)
    • bertakbir(allahu akhbar)
    • Melakukan semua ini seolah-olah melaksanakan ibadat haji dan umrah..
Tambahan  rohani: (jika mampu )
  • bacaan Bismilahirahmanirahim 21x  dan barulah baca doa sebelum tidur.
  • Mengamalkan 3 jenis surah (sajadah,al-mulk dan waqiah)
    • Mengamalkan  ayat kursi dan ayat 4 Qul  sebagai perlindungan untuk mengelakkan diri dari gangguan jin dan syaitan ketika tidur.

Amalkanlah menurut kemampuan masing-masing kerana masing-masing mempunyai kemampuan dan kecenderungan yang berbeza-beza.Sesungguhnya ALLAH tidak pernah bakhil dalam memberikan ganjaran kepada hamba-hamba-NYA.

Pts : dari sumber 100 pesan Terakhir Rasullullah.(saya sendiri pun still meraba dalam gelap  dan masih belajar untuk perbaiki diri  untuk menjadi muslimah yang soleh.Marilah kita sama-sama merenung dan sambil beramal)






No comments:

Tabung Nufnang #