Showing posts with label Makanan Rohani. Show all posts
Showing posts with label Makanan Rohani. Show all posts

Saturday, 22 November 2014

Amalan semudah ABC..

Assalamualaikum......

Setelah seharian penat bekerja,Mari kita top up pahala semudah ABC.



                                                             

Sunday, 29 June 2014

Ramadhan Penuh Rahmat..

Assalamualaikum......


Yeah,ramadhan datang lagi!!
Alhamdullilah kerana kita semua masih lagi diberi kesempatan untuk menunaikan rukun islam yang ke-3.Rukun islam yang  wajib  ditunaikan oleh seluruh umat islam   selama sebulan .Ramadhan bulan yang suci  dan mulia,yang mana  doa yang paling mustajab 

Ramadhan adalah bulan yang  mencabar dan penuh dengan dugaan.Ramadhan melatih umat islam untuk mengikat perut mengawal nafsu makan,nafsu bebelanja dan sebagainya,Bukan mudah untuk melawan nafsu kerana syaitan sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan musuhnya.
untuk melawan nafsu jahat ,ianya memerlukan kekuatan iman untuk menguatkan  tembok pertahanan.

Nafsu  jahat dan liar itu dikatakan sifat mazmumah.Diantara sifat-sifat mazmumah ialah ujub,riak,mengumpat,makan berlebihan,hasad,dengki,ego,dendam,buruk sangka,memmentingkan diri,pemarah,tamak,bakhil,sombong dan lain-lain.Jika sifat-sifat itu melekat seperti daki dan kita malas untk menggosoknya,sifat itu akan semakin kuat dan menebal di dalam hati.Sebaliknya,jika kita rajin menggosoknya,hati kita akan bersih dan jiwa akan suci.

Keistimewaan di bulan puasa adalah solat terawih.Ramadhan  memberi peluang untuk muslimin dan muslimah mengeratkan hubungan silaturrahim sesama sendiri.Mengenal siapakah jiran terdekat mahupon yang tinggal jauh ataupun rakan yang lama tidak berjumpa.Bertadarus sesama jemaah adalah amalan yang paling dituntut.

Bulan Murah rezeki.Berbanding bulan lain,ramadhan membuka rezeki  kepada para peniaga untuk menjana pendapatan lebih.Sudah pasti,tempahan di bulan ramadhan makin  berganda di dalam membuat persediaan di hari raya .Oleh itu,janganlah sampai kita terleka di bulan ramadhan.

Akhir kata buat diri ini,Cik N ingin mengucapkan selamat Menyambut puasa Ramadhan kepada semua blogger dan kaki online.Here is my checklist.TUNAIKAN  Ramadhan seupama ia adalah RAMADHAN  TERAKHIR buat diri ini.Banyak pahala yang boleh kita kutip walaupun ianya adalah sekadar senyuman.Itu sudah pasti kerana senyuman juga adalah sedekah.Elakkan bergosip kerana ia tidak berfaedah dan hanya mengundang dosa sahaja.Tanamkan ayat ini"sesungguhnya aku sedang berpuasa" ,insyaallah marah kita akan dikawal.Dan  jika ia masih lagi mara,sejukkan lah ia dengan wuduk.Bersedekahlah jika ada kemampuan kerana bukan kehendak mereka untuk jadi begitu.Asalkan kita berniat bersedekah dengan ikhlas.


Tuesday, 5 November 2013

Azab Melengahkan Solat & Solat Terbit Matahari?

Assalamualaikum......



        Salam  Maal Hijrah!!!Dah masuk kalender islam yang baru ..Disini Nesa nak berkongsi hadis yang Nesa baca dari majalah..Tipulah kalau Nesa kata,Nesa tak pernah lengahkan solat..Tak semua perfect,tapi Nesa harap dengan info ini ..kita akan rasa lebih takut nak lengahkan solat. Semoga hadis ni dapat meningkatkan lagi semangat ,keimanan & ketakwaan  pada Allah S.W.T..

Maal bermaksud bersama..Maal Hijrah pula bermakna "bersama berhijrah" atau "bersama Menghayati Hijrah".Jadi kita harus fahami bahawa hijrah itu adalah berpindah dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik..

Untuk berhijrah..kita memerlukan mental yang kuat agar dapat menepis godaan syaitan..Benda yang paling basic bagi Seseorang umat Islam perlu jaga  adalah Solat..Jika Solat seseorang itu dijaga dengan baik,solat awal pada waktu nya,mematuhi tertib sembahyangnya dan sebagainya..Insyaallah, ia dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar.Akan tetapi,jika seseorang itu mengerjakan ibadat sambil lewa... umat tersebut tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T

Nak tahu kenapa kita tidak boleh lengahkan solat?Solat pun mempunyai gred juga,sama macam kertas exam..tapi hanya Allah S.W.T jer yang tau gred solat kita tu berapa,dekat Akhirat nanti baru dibahas.Kita mesti tak nak gred teruk macam tu kan...

Azab -Azab yang bakal diperolehi :
(credit to Aku Benci Dedah Aurat:FB)

Dunia
  • Tidak dirahmati dalam kehidupan
  • Hilang nur pada wajahnya
  • Tidak menerima pahala bagi amalan2 yang baik.
  • Tidak mendapat bahagian dalam doa2 orang yang soleh.
Semasa Hendak Mati :
  • Mati dalam aib
  • Mati kelaparan
  • Mati dalam keadaan dahaga hinggakan air di dalam laut tidak dapat menghilangkan hausnya
Dalam Kubur :
  • Dihimpit kubur sendiri sehingga tulang2 rusuknya berselisihan
  • Api menyala di dalam kuburnya dan dia diguling-gulingkan dia atas baranya pada siang dan malam
  • Ular yang bisa  dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjang (sama dengan perjalanan sebulan)dilepaskan diatasnya.
  • Ular itu akan bertempik seumpama bunyi guruh suaranya..
“ Tuhanku telah memerintahkan aku supaya memukul kamu sehingga terbit matahari kerana kamu
melengah-lengahkan solat subuh hingga zohor, kerana melengah-lengahkan solat zohor hingga matahari masuk ke lubangnya, kerana melengah-lengahkan solat asar hingga maghrib, kerana melengah-lengahkan solat maghrib hingga isyak, kerana melengah-lengahkan solat isyak hingga fajar. Ular itu terus memukulnya sehingga ke hari kiamat. Setiap pukulan membenamkannya sehingga tujuh puluh hasta ke dalam bumi. "

Selepas kebangkitan bagi yang meninggalkan solat :
  • Allah S.W. murka padanya.
  • Dicampakkan ke dalam api neraka.
  • Akan tertulis 3 baris ayat yang berikut pada dahinya:
"Wahai kamu yang melengah-lengahkan kewajiban Allah. Wahai kamu yang patut menerima kemurkaan Allah. Kini sesallah kerana kemu melengah-lengahkan kewajiban kamu terhadap Allah."

Seperkara lagi , mengenai larangan solat ketika terbit mahupun terbenam matahari:
Tahu tak kenapa dilarang keras bagi umat islam?-kerana ia menyerupai pelakuan kafir seperti menganggap matahari itu adalah Allah..(credit to majalah at-Takwa)

Terdapat hadis sahih yang menyatakan;
"janganlah kamu melakukan solat pada ketika terbit ataupun terbenam matahari kerana ia terbit 2 tanduk syaitan"-HR Muslim

Dalam erti kata lain daripada Ibnu Umar:
"sesungguhnya Rasulullah S.W.T bersabda;jika matahari mulai terbenam,tundalah solat sehingga matahari benar-benar telah tenggelam dan jangan lakukan solat kamu bersamaan dengan terbit atau terbenam matahari kerana ia terbit di atas 2 tanduk syaitan"





"Wallahu A'lam"
Peringatan  dalam memperbaiki mutu solat yang lebih berkualiti



Sunday, 13 October 2013

Pesan Nabi Sebelum Tidur..


Bukan sahaja kepada umatnya,malah Rasulullah s.a.w juga sering berpesan kepada Aisyah r.a isteri baginda.Di antara pesanan yang disampaikan ialah supaya tidak tidur sebelum melakukan 4 perkara.

  1. Mengkhatam al-quran.
  2. Memohon  syafaat untuk diri sendiri.
  3. Meminta keredhaan para Muslim
  4. Melaksanakan haji dan umrah.
''Wah nampak macam berat jer untuk kita lakukan perkara nie dalam satu malam kan"
sabar dulu..tak habis lagi ..

Review balik..(di setiap  pesanan di atas memberi maksud lain)
  1. Maksud mengkhatam al-quran:
    • membaca dan mengamalkan surah al-ikhlas 3x  ( 1 bacaan surah menyamai 1/3 daripada al-quran)
  2. Bagaimana pula dengan memberi syafaat kepada diri sendiri..
    • mengamalkan selawat ke atas Nabi  Muhammad s.a.w   (shafaat baginda akan membantu seseorang ketika hari tiada siapa boleh bantu selain diri dan amalan masing-masing.)
  3. Memohon keredhaan kepada Muslimat:
    • Berdoa dan memohon agar ALLAH mengampunkan dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat
    • Doa nya adalah:  astaghfirullahalazim li waali waa lidaiya wali jami ilmuslimina wal muslimat alahya immin hum wal amwat   (maksudnya; Ampuni aku ya ALLAH Yang Maha Besar,kedua ibu bapak,semua muslimin dan muslimat,mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati).
  4. Mengerjakan haji dan umrah adalah dengan cara  memperbanyakkan: 
    • bertasbih( subhanallah)
    • bertahmid( alhamdullilah)
    • bertahlil(la ilaha illallah)
    • bertakbir(allahu akhbar)
    • Melakukan semua ini seolah-olah melaksanakan ibadat haji dan umrah..
Tambahan  rohani: (jika mampu )
  • bacaan Bismilahirahmanirahim 21x  dan barulah baca doa sebelum tidur.
  • Mengamalkan 3 jenis surah (sajadah,al-mulk dan waqiah)
    • Mengamalkan  ayat kursi dan ayat 4 Qul  sebagai perlindungan untuk mengelakkan diri dari gangguan jin dan syaitan ketika tidur.

Amalkanlah menurut kemampuan masing-masing kerana masing-masing mempunyai kemampuan dan kecenderungan yang berbeza-beza.Sesungguhnya ALLAH tidak pernah bakhil dalam memberikan ganjaran kepada hamba-hamba-NYA.

Pts : dari sumber 100 pesan Terakhir Rasullullah.(saya sendiri pun still meraba dalam gelap  dan masih belajar untuk perbaiki diri  untuk menjadi muslimah yang soleh.Marilah kita sama-sama merenung dan sambil beramal)






Sunday, 6 October 2013

Hebat-Nye Solat Istikarah Dalam Menemukan Jodohnya.


Assalamualaikum...

              Yang nie adalah entry yang ke2 buat hari nie..rase macam nak share jer story nie dengan uoll..nie bukan cerita Miss Nesa,tapi cerita nie from one ustazah (IKIM)..OK i will try to be a good story telling even though i'm bad in writting essay.Siapa yang dengar IKIM selalu tu,mesti tau story nie:)

        Ade seorang hamba Allah ,dia adalah  seorang lelaki yang menginap di seberang,hamba Allah nie seorang  OKU.Walaupun  this guy is OKU his mother still want the best for his son.Dia masukkan lah anak dia nie ke sebuah pasentre(sekolah pondok).  

             Selepas belajar di situ hamba  yang OKU nie,berasa dia sudah mempunyai impian untuk mendirikan rumah tangga..lalu diceritakan hal ini pada kiai nye berkenaan hasrat nyer..boleh kah orang OKU seperti diri nya ini mendirikan rumah tangga.Ade ke orang yang sanggup menjadikan dia ini sebagai teman hidup .Lalu kiai dia nie pun menasihati anak muda ini agar terus berdoa kepada Allah agar menemukan jodoh terbaik buat diri nya kerana jodoh itu kuasa ALLAH.

            Hari demi hari telah berlalu..cerita pemuda OKU tersebut telah tersebar luas di pasentre dan telah menjadi jenaka di antara mereka.Di suatu sudut,ade seorang hamba  Allah yang sedang keliru dalam memilih jodoh terbaik diantara dua orang lelaki buat diri nya.Lalu Kiai tadi menasihatkan agar melakukan solat istikarah sebagai jalan penyelesaian.

           Setelah hari demi hari berlalu,petunjuk yang dia dapat hanya lah kelibat Hamba Allah yang OKU tadi..Subhanallah...siapa sangka jodoh  wanita tersebut  bukanlah  diantara dua orang lelaki  yang menjadi dilemanya tetapi adalah pemuda OKU tadi.Akhirnya,perempuan tersebut mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pemuda OKU  tersebut dengan bantuan kiai tersebut.
            Faham tak apa yang Nesa nak sampaikan?hebat-Nye kuasa Allah tu kan.Allah itu maha adil dan bijak menentukan apa yang terbaik buat umatnya.As long we choose the right lane according to Al-quraan  theory & sunah.

Pts : 
correct me if i'm wrong for those yang tahu cerita nie.I think this story was Great:)




Tabung Nufnang #