Sunday, 29 June 2014

Ramadhan Penuh Rahmat..

Assalamualaikum......


Yeah,ramadhan datang lagi!!
Alhamdullilah kerana kita semua masih lagi diberi kesempatan untuk menunaikan rukun islam yang ke-3.Rukun islam yang  wajib  ditunaikan oleh seluruh umat islam   selama sebulan .Ramadhan bulan yang suci  dan mulia,yang mana  doa yang paling mustajab 

Ramadhan adalah bulan yang  mencabar dan penuh dengan dugaan.Ramadhan melatih umat islam untuk mengikat perut mengawal nafsu makan,nafsu bebelanja dan sebagainya,Bukan mudah untuk melawan nafsu kerana syaitan sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan musuhnya.
untuk melawan nafsu jahat ,ianya memerlukan kekuatan iman untuk menguatkan  tembok pertahanan.

Nafsu  jahat dan liar itu dikatakan sifat mazmumah.Diantara sifat-sifat mazmumah ialah ujub,riak,mengumpat,makan berlebihan,hasad,dengki,ego,dendam,buruk sangka,memmentingkan diri,pemarah,tamak,bakhil,sombong dan lain-lain.Jika sifat-sifat itu melekat seperti daki dan kita malas untk menggosoknya,sifat itu akan semakin kuat dan menebal di dalam hati.Sebaliknya,jika kita rajin menggosoknya,hati kita akan bersih dan jiwa akan suci.

Keistimewaan di bulan puasa adalah solat terawih.Ramadhan  memberi peluang untuk muslimin dan muslimah mengeratkan hubungan silaturrahim sesama sendiri.Mengenal siapakah jiran terdekat mahupon yang tinggal jauh ataupun rakan yang lama tidak berjumpa.Bertadarus sesama jemaah adalah amalan yang paling dituntut.

Bulan Murah rezeki.Berbanding bulan lain,ramadhan membuka rezeki  kepada para peniaga untuk menjana pendapatan lebih.Sudah pasti,tempahan di bulan ramadhan makin  berganda di dalam membuat persediaan di hari raya .Oleh itu,janganlah sampai kita terleka di bulan ramadhan.

Akhir kata buat diri ini,Cik N ingin mengucapkan selamat Menyambut puasa Ramadhan kepada semua blogger dan kaki online.Here is my checklist.TUNAIKAN  Ramadhan seupama ia adalah RAMADHAN  TERAKHIR buat diri ini.Banyak pahala yang boleh kita kutip walaupun ianya adalah sekadar senyuman.Itu sudah pasti kerana senyuman juga adalah sedekah.Elakkan bergosip kerana ia tidak berfaedah dan hanya mengundang dosa sahaja.Tanamkan ayat ini"sesungguhnya aku sedang berpuasa" ,insyaallah marah kita akan dikawal.Dan  jika ia masih lagi mara,sejukkan lah ia dengan wuduk.Bersedekahlah jika ada kemampuan kerana bukan kehendak mereka untuk jadi begitu.Asalkan kita berniat bersedekah dengan ikhlas.


2 comments:

SNM said...

Salam Ramadhan.
Singgah follow Niesa + menabung mr.nuff (^^,)

fifie feyca said...

salam ramadhan...
fiife singgah n follow awk #61 n menabung untk miss niesa..
keep in touch.. mind follow back?? thank u ..

Tabung Nufnang #