My Chapters...

Showing posts with label Resepi Chef Nesa. Show all posts
Showing posts with label Resepi Chef Nesa. Show all posts

Monday, 13 June 2016

Resepi : Terung berlada ramsey

Assalamualaikum dan hai semua!

Selamat menyambut hari ramadhan kepada seluruh umat islam!Untuk entry pertama Nesa pada bulan ramdhan kali ini,rasa macam tak lengkap pulak kalau tak berkongsi resepi juadah  ramadhan ni.

Sebelum tu...
ada berita gembira yang nak di kongsi dan  disampaikan buat entry kali ni..Momoi i dah beranak 4 ekor semalam for(first time bergelar ibu ..Mak angkat pulak yang excited terlebih dari owner kucing ni:P
Since my mood was so good today,today i wanna share my new recepi..icip2 i campak jer..haha

Kenapa i namakan ia terung berlada ramsey?
Nesa sendiri pun tak tahu.cuma apa yang boleh Nesa katakan di sini..If you like  taste of hindi cook.Definitely,you will love the taste !Yang pasti rasa resepi kali ni ada rasa pedas2 masam bersama aroma daun kari,ala-ala kuah tosey gitu..


RESEPI TERUNG BERLADA RAMSEY


BAHAN-BAHAN:

2 terung panjang ,ayam yang di potong kecil  , 2 biji bawang besar , segengam cili api ,cili besar merah, air asam jawa,daun kari,ikan bilis cincang/ kiub ikan bilis ,tomato (jika ada) ,garam ,gula

CARA-CARA:
1)Goreng dahulu ayam yang dipotong kecil  bersama terung yang telah dipotong dengan  kunyit dan garam,Toskan dan asingkan.
2)Panaskan minyak secukupnya untuk bahan kisar yang terdiri dari 2 biji bawang besar,cili api segengam , 1 biji cili besar merah  dan tomato.
3)Bila bahan kisar  garing ,baru masukkan ayam dan daun kari fresh.Kemudian  masuk pulak  air asam jawa .
4)Dah perfect rasa yang kita nak tu baru masukkan terung ,ikan bilis cincang/kiub ikan bilis ,garam dan gula.
5)Buh pulak 1 cili besar hijau sebagai perasa,nak meriah sikit tabur jer cili padi sikit.Jangan tumbuk pulak ?Nanti rasa extra pedas pulak.
6)Tadaaa...siap sudah masakkan kita:)


Ape lagi ?Kalau suka citarasa macam ni wajib try resepi icip2 dari chef Nesa!cepat pergi ambil phone and screen shoot resepi ni.Selamat mencuba!



Saturday, 30 April 2016

Resepi : Asam Pedas Daging

Assalamualaikum......

People always get confuse bila aku cakap aku orang Melaka padahal aku duduk Seremban.
Tapi uolls lepas my collegue rasa air tangan masakan asam pedas daging  masa podluck hari tu baru dorang tak confuse hahaha..

Serius weh..risau nak bagi orang rasa  air tangan sendiri.Takut tak sedap ,takut tak kena dengan cita rasa masing-masing.Nak lagi menu daging untuk 28 kepala .Tapi alhamdulilah uolls rasa tu i dapat kongsikan dengan rakan-rakan.

Bila kita selalu travel ke tempat orang ..kena selalu rajin bertanya  resepi mereka sebab aku percaya  setiap orang dari Negeri tu ada menu yang unik dan popular.Yang kau tak boleh belajar dari tempat kita.Negeri Sembilan ,rata-rata bila aku tanya Masak lemak betik atau rendang betik  confirm orang luar tak tahu..Itulah masakan  paling rare yang aku pasti pertama kali baru korang dengar .Betul tak??

Atas permintaan ramai..Aku akan share sekali lagi dengan lebih detail.Sebab ramai yang tak paham resepi 3 in 1 yang aku share sebelum ni.Tak susah nak memasak.Itu saja tips dari Cik N'.Jangan lupa untuk mencuba!


Bahan-Bahan:

Minyak
Daging yang telah di rebus
6 ulas bawang putih tumbuk
4 labu bawang merah  separa blenderized
3 sudu besar Cili kering blend
setengah kepal air asam jawa atau penambah Asam keping
1/2 biji kelapa Santan 
Serbuk kunyit
Daging pejal
1/2 Kiub ikan bilis /ikan bilis tumbuk
Daun limau perut
Tomato
1 batang Serai
3 inchi Lengkuas
2 inci Halia 

Buat yang pertama kali baru nak belajar masak.
Tips pertama dalam masak daging,pastikan pemotongan daging hendaklah berlawan  dengan urat.Kau nampak urat tu melintang maka potong lah menegak.Baru tak liat.
(Asingkan lemak daging buat yang tak makan sebab pening kepala..)
Tips kedua Pastikan jika anda membeli daging pejal yang segar.Beku kan daging semalaman supaya daging tersebut selamat untuk dimakan.

  1. Panaskan minyak untuk menumis dalam anggaran nisbah 3:4 (3sudu b.m/4 sudu chili kering)
  2. Masukkan serai yang dah dititik.
  3. Masukkan 6 ulas B.putih yang telah ditumbuk bersama lengkuas dan halia.
  4. Masukkan 3 labu B.Merah dan 4 sudu besar chili kering yang telah di blend.
  5. Selepas bawang dan cili sebati garing,masukkan 1 sudu kecil serbuk kunyit.
  6. Kemudian , masukkan daging rebus bersama air rebusan daging.
  7. Masukkan 1/2 biji kelapa santan.(Tak pakai banyak pun)
  8. Masukkan air ramasan asam jawa..Boleh top up dengan asam keping kalau tak cukup masam.
  9. Masukkan limau perut bersama kiub ikan bilis.
  10. Masukkan tomato, garam dan gula.


SELAMAT MENCUBA!



Tuesday, 4 August 2015

Resepi : Cake Carrot Cheese Walnut^^

Assalamualaikum......

This week i rajin  duduk dapur cuba resepi baru.Actually,this's my second time N' buat.Kalau semalam entry homemade ice-cream bluebery yang menjilat jari tu.Hari ni nak kongsi resepi kek kegemaran N'.Di sebabkan kek ni susah sangat nak cari and mahal bebeno ku gagahkan kaki dan tangan ini untuk buat sendiri.Ermmm,tak susah pun,senang sangat!


BAHAN-BAHAN A:
~Telur gred B 5 biji
~Gula halus 300g
~Minyak masak atau minyak jagung 1 cawan

BAHAN-BAHAN  B: 
~Tepung gandum 250g
~Soda bikarbonat 1 sudu kecil
~Baking powder 2 sudu kecil
~Serbuk kayu manis 1 sudu kecil
~Garam halus 1 sudu kecil

BAHAN-BAHAN TOPING
~Cheese Cream 250g
~Butter  125g
~Gula icing 125g

BAHAN PENTING
~Carrot 3 atau 4 batang (diparut)
~Walnut 1 kampit kecil
(boleh di dapati di kedai supplier barang kek atau super market,kalau rasa bajet kecil nak guna kacang gajus pun boleh tapi tak berapa crunchy sangat.hehehe)

Image result for kek carrot cheese walnut
sumber google:
Cara-caranya:
  1. Bakar walnut dahulu pada suhu 150 darjah selama 5-10 minit.
  2. Sementara menunggu set suhu oven anda pada suhu kek.
  3. Masukkan bahan A dan mixture sampai kembang dan sebati
  4. Masukkan Bahan B yang telah diayak.
  5. Selepas siap barulah masukkan lobak merah (mixture 1 round sudah cukup,
  6. Masukkan ke dalam loyang yang dah di sapu butter keseluruh permukaan supaya kek tak melekat pada loyang,mudah diterbalikkan.)
  7. Barulah masukkan walnut(potong kecil-kecil),gaulkan sehingga sebati pada semua permukaan.
  8. Bakar kek pada suhu180 darjah selama 50 minit.
  9. selepas kek dimasak dan sejuk,Letakkan bahan toping.
  10. Hias kek ikut kretiviti.
PS://Yang mana allergic kacang tu,tak letak pun tak pe,still ade aroma kayu manis dan lobak,yang tak         suka cheese macam saya pun tak nak letak pun tak pe.Sedap makan kalau kek dalam suhu                    sejuk ,yummy^^
       

Selamat mencuba!

Monday, 3 August 2015

Resepi: Homemade Bluebery Ice -Cream

Assalamualaikum & Selamat Pagi Malaysia!!!

Pagi-pagi dah bukak blog.Masa Cuti nie lah  nak update blog,kalau tak sampai ke sudah bersarang post lama jer..Pagi nie tak nak bebel memanjang sebab jap lagi nak masak untuk luch dan dinner.

Nak kongsi satu resepi yang paling mudah.Adik -adik kecil pun boleh buat,just simple and nice.


Image result for image aiskrim blueberry
Gambar sementara:sumber google
                                                Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. 3 cawan Susu segar 
  2. 1 cawan Susu cair
  3. 1 sudu besar ovalete
  4. Perisa dan pewarna sesuka hati anda-boleh guna jem bluebery sebagai perasa,orea.original manggo..
  5. Hiasan /penyeri:setitik pewarna yang anda inginkan.
Cara-caranya:
  1. Masukkan  kesemua bahan dalam blender,mixt sampai kembang,then siap^^
  2. Setelah 1 frozen ais-krim terhasil,blend for 2nd time supaya teksture lebih cantik dan ringan
  3. Gunakan kretiviti anda untuk menghias ais-krim.

Selamat Mencuba ^___^



Tuesday, 29 October 2013

Asam Pedas Melaka..

Assalamualaikum...

               Rasa macam kurang pulak entry kat masakan,kurang ker?rasa nyer nesa asyik share masakan yang simple jer..so,ari nie nak kongsi resepi makanan kegemaran nesa ^_^ Dengar nama jer dah terliur ~nesa memang suka makan nasi dengan something yang spicy & sour baru ada selera..mungkin tekak orang melaka kot..hehe.tapi tak der lah,hari2 menu yang sama jer..kesihatan kena jaga ok! nesa boleh abiskan satu mangkuk lauk asam pedas tu sorang2 jer,tau..macam hirup sup,dasyatkan!tapi rasakan lah azab tu esok pagi ( *_* )

            Apa yang lain nyer masak asam pedas Melaka dengan orang lain?bagi nesa lah,certain  negeri..masakan dorang lain sikit.dorang punya lebih pada masakan asam rebus.Orang Melaka nie,suka letak black paper dalam masakan dorang,tapi nesa tak letak~ just follow resepi turun temurun mak nesa..So,apa kata uolls semua check it out how i made it!

~Asam Pedas Ikan Pari~
               Actually kan,orang Melaka nie kretif sikit dalam masakan nie~..sebab  ada masak asam ayam,daging,tetel..cuma telur jer yang tak der,hehe...ikan tu biasa jer~that's what i means.kalau tanya budak dari Negeri lain..mesti dorang pelik~ haaa,ada ke orang masak asam ayam or daging????

BAHAN-BAHAN

$Ikan pari
$bawang merah 2 ulas
$Bawang Putih 6 ulas
$Cili kering yang diblend 2senduk
(*yg selalu guna cedok nasi tu)
$Asam jawa 1 .1/2 kepal
$Serai 2 ikat
$Kunyit 3 inchi
$Ikan bilis/kiub ikan bilis 1/2
$halia
$Garam & gula
$sedikit lengkuas(x der pun x per)
$buah keras(x der pun tak per)
$daun kesum/daun limau prut
$tomato/bende/terung

CARA-CARA :
  1. Pastikan ikan pari telah dicuci dengan bersih (*ambik limau+air beras/asam jawa blend kan ~rendamkan)
  2. Panaskan minyak dalam periuk(*tak terlalu sikit atau banyak)
  3. Masukan 2 serai  tadi (*ketuk dulu tau)
  4. Masukan kisaran B.merah + B.p+kunyit+halia+lengkuas+buah keras (* tunggu hingga naik bau)
  5. Sementara nak tunggu nak naik bau tu,asam jawa tadi tu campurkan dengan satu cawan air ..jgan masuk dulu tau(*ramas bagi rata)
  6. Masukan 2 senduk cili kering blend dan tunggu sehingga betul2 naik minyak~supaya cili masak & x sakit perut(*bergantung pada sukatan bawang..kalau dah dicampur nanti..pastikan warna dia merah bukan oren..klau oren pedas tak ump..kalau tak tahan pedas sangat,boleh kurangkan)
  7. Dah garing,masukkan air asam jawa + sukatan air dalm 2 cawan(*pastikan nanti,masuk air sikit2 .tengok tekstur masakan tak terlalu cair dan tak terlalu  pekat)
  8. Tunggu masakan boil,baru masukan sayur (tomato/bende.) & ikan last sekali...(*kalau masakan ikan pari,nesa lebih prefer daun kesum berbanding bunga kantan dan daun limau prut)
  9. Akhir sekali baru masukan perasa ikan bilis/kiub ikan bilis+garam+gula (*lepas tu rasa,tambahkan apa yang tak kena..*kalau rasa kurang masam tambah jer asam keping,kalau kurang rasa pedas..masukan jer cili padi)
  10. tada~ siap..
Pts :
-Tadi Nesa ,ada citer bab ayam ,tetel,daging kan?
-Cara masakan lain sikit,ada bab penambahan bahan : santan
-tadi nesa cakap ikan masuk last kan??
-tapi kalau ayam,daging ,tetel....(*daging make sure rebus dulu ok)
-masukkan selepas cili sampai garing...biarkan bahan tadi empuk,baru masuk asam jawa
-tapi yang ini,air kena kurangkan sebab nak masukan santan(*1/2 kelapa cukup-tuang pun kena tengok tekstur tau*macam biasalah..kalau santan~masakan kena jaga ,tak nak minyak pecah)
-then,korang follow jer next step....tu jer bab lain nyer
Kalau korang nak rasa yang owsem lagi...makan masakan asam selalu..bila lidah tu dah peka..korang akan tau apa yg kurang tu jer..dan yang paling penting..mula masakan dengan niat,selawat,kacau lawan arah jam...Grenti sedaappp~tak sedap,bagitau Nesa..
Teka t.: kenapa kena kacau ikut lawan jam?






^__^
~TQ pada yang sudi membaca~



Tuesday, 15 October 2013

Kek Marbel...

Assalamualaikum...

           Sempena Perayaan Kali nie,Nesa belajar resepi baru iaitu kek marbel..tiap2 tahun kek coklat pun bosan jgak,kali nie tukar angin plak...(tapi still coklat jugak sebab ade koko,but half je lah..)


weirdlavender.blogspot.com
 Bahan-bahan

*1 mentega
*gula kisar
*6 biji telur
*susu cair
*serbuk koko

Cara-Cara:
  1. Panaskan oven dahulu.
  2. Masukkan 1 buku mentega bersam 2 cawan gula yang telah dikisar halus.
  3. Pukul  sebati sehingga kembang  dan pecahkan telur sebiji demi sebiji
  4. Masukkan 2 cawan tepung penaik yang telah diayak.
  5. 2 sudu besar susu cair (rase macam terlalu manis,boleh kurangkan dos  1 sudu saja)
  6. Pukul sehingga sebati dan asingkan pada 2 adunan 
  7. Untuk part koko..hanya masukkan 2 camca teh koko pada sebahagian  adunan yang telah diasingkan.
  8. Sapukan loyang dengan mentega  sedikit.
  9. Baru letak 2 adunan(cream & koko ) dalam loyang.
  10. suhu 180* /45 min
Pts: sukatan cawan bersamaan sukatan 205 ml..














Sunday, 6 October 2013

Simple breakfast in the morning..


Assalamualaikum...

          Simple jer menu yang nak di share kali nie.Breakfast nie bende yang paling penting kita kene utamakan tau!Sesiapa yang dah tau tu tapi buat dek jerr...meh nesa cerita  nape agak nyer penting breakfast intake nie.Tahu kah anda ,mengambil sarapan pagi mengurangkan risiko obes,darah tinggi,diabetis dan penyakit hati.Otak dan minda memerlukan tenaga untuk bekerja,mengambil sarapan pagi membantu meningkatkan memori,konsentrasi dan tahap minda bekerja..So,don't you ever skip your breakfast!!!

weirdlavender.blogspot.com
~Roti Telur Blueberry ~


CARA-CARA :
  1. Bahan-bahan : roti ,telur sebiji,jem (perisa apa pun tak kisah),garam,minyak.
  2. Ambil sekeping roti dan sapukan jem blubery di  roti.
  3. Gulungkan roti dan celupkan dalam telur yang telah dipukul sebati bersama garam.
  4. Goreng guna sedikit minyak (kalau nak guna marjerin pun boleh tapi rasanye tak yah letak garam kut)

pts: kalau sesiapa yang ade resepi yang best2 tu,boleh kongsikan kat nesa..sharing is caring:)
    

Wednesday, 25 September 2013

Coconut Shake Popular di Malaysia..


Assalamualaikum..

from google



            Pernah tak korang minum Coconut Shake??Nikmat nyer kalau dapat minum time  cuaca panas.Mesti korang pernah dengar nama Coconut shake yang popular di Klebang tu kan?yang sampai kene beratur panjang untuk beli.Minuman nie dah jadi minuman yang famous di Melaka.Coconut shake nie adalah gabungan  air kelapa dan ais-krim..

              Nak buat minuman nie bukan susah pun..senang giler!!cuma untuk mendapatkan rase yang sedap & terbaik harus pastikan sukatan ais  dan air  adalah tepat.Rasa  coconut shake yang orang jual di luar sana  adalah berlainan..Sesipa yang tak pernah try lagi,moh kita buat sendiri..Bahan-bahan nyer hanyalah air kelapa muda,ais-krim vanila (i most prefer Nestle,brand  yang digunakan pun akan memberi rasa yang berlainan),air gula dan crunch ais ....


Cara-cara:

  1. Isikan crunch ais 1/2 dari saiz cup minuman.
  2. Isikan air kelapa 4/5 dari saiz cawan.
  3. Masukkan 5 scoop ais-krim vanila dan 1 scoop air gula ke dalam blender.(jangan kurangkan sukatan ais-krim)
  4. Masukkan air kelapa berisi ais tadi ke dalam blender.
  5. Blend sampai semua bahan tadi sebati
  6. Isi buah kelapa tadi korang jangan buang,kerat dalam bentuk petak kecik-kecik guna belakang sudu.
  7. Dan masukkan dalam cup minuman.
  8. Masukkan minuman yang di blend tadi  dalam cup.Sukatan minuman tadi biasanya akan ngam2 dengan cup.(jika terlebih bermakna terlebih sukatan ais)

Hidangan  :1 cup

Monday, 16 September 2013

Lada Solok..


        Hari nie nak kongsi resepi lada solok..nyum!!resepi nie my roomate  dari kelantan yang bagi..thank to kak wanie:) Selalu nya orang akan makan dengan nasi kerabu tapi nesa  makan dengan lauk kari,sedap sangat..




BAHAN-BAHAN
From weirlavender.blogspot.com

  • lada green light                                                                                          
  • Kelapa parut & santan
  • Kerisik kelapa
  • Ikan sardin
  • Sedikit telur
  • Gula & garam







CARA-CARA:
  1. Rebus ikan sardin nie dengan air(macam buat kuah laksa),just ambik isi ikan jer..
  2. Basuh cili dan buangkan biji nya..buat belahan tengah pada cili  nie(Pastikan korang guna chili green light   macam dalam gambar atas nie)
  3.  Untuk membuat inti solok..korang ramaskan isi ikan sardin nie dengan kelapa parut,lagi banyak lagi    sedap(ikan  tu ikut anggaran sendiri  )
  4. Then,korang masukkan lah kerisik kelapa..
  5. Masukkan sikit santan dan telur sebagai agen pelekat kelapa parut dan ikan tadi.Pastikan bahan-bhan tadi melekat dan boleh dikepal.
  6. Masukkan perasa garam dan gula..gula tu tabur banyak sikit(ikut cita rasa sendiri)
  7. Sumbatkan inti dalam lada hingga padat..
  8. Letakkan lada solok dalam periuk dan tuangkan santan(jangan terlalu pekat)dalam periuk untuk merebus lada solok..Rebus sampai kulit lada nie menjadi senipis-nipis nya..Tambahkan santan tadi kalau  lada still tak nipis lagi..Kawal api..
  9. Dah masak,sejukkan dulu baru masuk dalam peti..Boleh tahan untuk berapa hari
pts : kukus pun boleh juga...







Tabung Nufnang #