Assalamualaikum......
Salam Maal Hijrah!!!Dah masuk kalender islam yang baru ..Disini Nesa nak berkongsi hadis yang Nesa baca dari majalah..Tipulah kalau Nesa kata,Nesa tak pernah lengahkan solat..Tak semua perfect,tapi Nesa harap dengan info ini ..kita akan rasa lebih takut nak lengahkan solat. Semoga hadis ni dapat meningkatkan lagi semangat ,keimanan & ketakwaan pada Allah S.W.T..
Maal bermaksud bersama..Maal Hijrah pula bermakna "bersama berhijrah" atau "bersama Menghayati Hijrah".Jadi kita harus fahami bahawa hijrah itu adalah berpindah dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik..
Untuk berhijrah..kita memerlukan mental yang kuat agar dapat menepis godaan syaitan..Benda yang paling basic bagi Seseorang umat Islam perlu jaga adalah Solat..Jika Solat seseorang itu dijaga dengan baik,solat awal pada waktu nya,mematuhi tertib sembahyangnya dan sebagainya..Insyaallah, ia dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar.Akan tetapi,jika seseorang itu mengerjakan ibadat sambil lewa... umat tersebut tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T
Nak tahu kenapa kita tidak boleh lengahkan solat?Solat pun mempunyai gred juga,sama macam kertas exam..tapi hanya Allah S.W.T jer yang tau gred solat kita tu berapa,dekat Akhirat nanti baru dibahas.Kita mesti tak nak gred teruk macam tu kan...
Azab -Azab yang bakal diperolehi :
(credit to Aku Benci Dedah Aurat:FB)
Dunia
- Tidak dirahmati dalam kehidupan
- Hilang nur pada wajahnya
- Tidak menerima pahala bagi amalan2 yang baik.
- Tidak mendapat bahagian dalam doa2 orang yang soleh.
Semasa Hendak Mati :
- Mati dalam aib
- Mati kelaparan
- Mati dalam keadaan dahaga hinggakan air di dalam laut tidak dapat menghilangkan hausnya
Dalam Kubur :
- Dihimpit kubur sendiri sehingga tulang2 rusuknya berselisihan
- Api menyala di dalam kuburnya dan dia diguling-gulingkan dia atas baranya pada siang dan malam
- Ular yang bisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjang (sama dengan perjalanan sebulan)dilepaskan diatasnya.
- Ular itu akan bertempik seumpama bunyi guruh suaranya..
“ Tuhanku telah memerintahkan aku supaya memukul kamu sehingga terbit matahari kerana kamu
melengah-lengahkan solat subuh hingga zohor, kerana melengah-lengahkan solat zohor hingga matahari masuk ke lubangnya, kerana melengah-lengahkan solat asar hingga maghrib, kerana melengah-lengahkan solat maghrib hingga isyak, kerana melengah-lengahkan solat isyak hingga fajar. Ular itu terus memukulnya sehingga ke hari kiamat. Setiap pukulan membenamkannya sehingga tujuh puluh hasta ke dalam bumi. "
melengah-lengahkan solat subuh hingga zohor, kerana melengah-lengahkan solat zohor hingga matahari masuk ke lubangnya, kerana melengah-lengahkan solat asar hingga maghrib, kerana melengah-lengahkan solat maghrib hingga isyak, kerana melengah-lengahkan solat isyak hingga fajar. Ular itu terus memukulnya sehingga ke hari kiamat. Setiap pukulan membenamkannya sehingga tujuh puluh hasta ke dalam bumi. "
Selepas kebangkitan bagi yang meninggalkan solat :
- Allah S.W. murka padanya.
- Dicampakkan ke dalam api neraka.
- Akan tertulis 3 baris ayat yang berikut pada dahinya:
"Wahai kamu yang melengah-lengahkan kewajiban Allah. Wahai kamu yang patut menerima kemurkaan Allah. Kini sesallah kerana kemu melengah-lengahkan kewajiban kamu terhadap Allah."
Seperkara lagi , mengenai larangan solat ketika terbit mahupun terbenam matahari:
Tahu tak kenapa dilarang keras bagi umat islam?-kerana ia menyerupai pelakuan kafir seperti menganggap matahari itu adalah Allah..(credit to majalah at-Takwa)
Terdapat hadis sahih yang menyatakan;
"janganlah kamu melakukan solat pada ketika terbit ataupun terbenam matahari kerana ia terbit 2 tanduk syaitan"-HR Muslim
Dalam erti kata lain daripada Ibnu Umar:
"sesungguhnya Rasulullah S.W.T bersabda;jika matahari mulai terbenam,tundalah solat sehingga matahari benar-benar telah tenggelam dan jangan lakukan solat kamu bersamaan dengan terbit atau terbenam matahari kerana ia terbit di atas 2 tanduk syaitan"
"Wallahu A'lam"
Peringatan dalam memperbaiki mutu solat yang lebih berkualiti
No comments:
Post a Comment