Showing posts with label From my heart. Show all posts
Showing posts with label From my heart. Show all posts

Tuesday, 29 December 2015

Closed up for 2015.

Assalamualaikum......

Fuuhhh!
It's been a long time,i'm not spends my time to update a new entry.
Blog challenge became quietly after 20/30 post become to nearest goal.miahaha:P
What happen with the excitement?i also wonder why the challege became stuck..ermmm
I was thinking to change 30 day blog challenge to 30 post about myself .
Blaablaablaablaa~


It's suck my day for public users like me !
Public transport is not a friendly users seen the fee increased up to 70%
I can't stand anymore ,if i had to pay RM 8.50  from RM 5.40  for me to stand along in 1 hours journey.What a fish#@%$.Lets  pray GST disbanded from Malaysia  for our better life


Except GST alhamdulillah for giving me a great year with a great family,housemate, and collegue..


Syukran for giving me a good health  to take care of   my patient .Giving  them a best supportive care and make them feel comfort would be a pleasure for us.One year with our cancer  fighter   really wide my eyes and inspired me.May them rest is peace.
~Al-fatihah for arwah we had know~




P/S:Sorry for this short entry.Actually, i would like to share my joy  with a photo moment but  unfortunately there's a problem with  my server upload pic.I will try my best if i can ...

Tuesday, 13 October 2015

Bestie Forever Segment By Jejak Jutawan Senyap

Assalamualaikum......

Kebetulan pulak  nampak liza mustafa join segment nie. Memandangkan aku pun memang nak update topik nie why not.Saya follower no 65 @ Jejak Jutawan Senyap.
Saya follow:)

        Ini  member rapat aku masa sekolah .Persahabatan kami bertiga bermula di STAD.Di takdirkan masuk kelas yang sama.Hampir dekat 11 tahun jugak lah persahabatan kami.Antara mereka bertiga ni aku paling rapat dengan Hasnah @ Shina dan Nad.

Typo:My Best friend my bestie.I LOVE U:)

  Tapi masa form 4 dan 5 aku berpisah kelas dengan Hasnah.
Masing-masing masuk kelas berlainan ikut bidang pilihan.Aku dan Nad masuk  kelas LK and ET(Lukisan Kejuruteraan dan Enginering Teknologi).Hasnah pulak masuk kelas Tasafuw islam dan Sue pulak masuk kelas sastera.Sedih sangat masa tu.Walaupun kami berpisah kelas tapi kami masih lagi di dalam satu unit pengangkap.Kami berkenalan dengan sue pun masa perjumpaaan pengangkap.Kami bertiga ni tak aktif mana pun dengan kokurikulum.Habis waktu koko balik rumah.Tapi kita orang suka bukak kedai kopi masa waktu Kokurikulum.hahaha:)




....The Moment...
*The moment aku rasa down sangat kawan yang selalu bagi semangat  dan kawan juga yang selalu menceriakan hari aku.Aku rasa beruntung sangat sebab ada kawan  macam Nad ,sue dan Hasnah.

*The moment aku sedih sangat masa subjek LK kami nak kena drop ,kawan  aku  Nad pun menangis sekali.Tiap kali bila aku  ingat balik, kelakar pun ada tapi sebenarnya aku terharu :(

*The moment aku tahu yang Nad  kembar,Rasa syok pun ada.Well,twin are usually a famous among others right? but sometimes i'm confuse which one is twin, kakak ke lelaki?Sebab twin lelaki tu  tak seiras tapi akak dia memang muka photostat dengan Nad ni.

*The moment aku tengok kawan-kawan aku jenis hardworking bila study ,aku selalu rasa tercabar.

*The moment aku dapat hadiah birthday even selotep comel pun aku still simpan lagi.Sama macam my friends nie.Kalau nak pilih hadiah kena yang bagi boleh simpan.Kalau tak habis coklat atau makanan yang aku bagi cair nanti.ngeee:P

*The moment aku dan hasnah fight kalahkan kaum lelaki yang arrogant dalam kelas kami.Kami rasa bahagia sangat:P

*The moment aku berkenalan dengan mak hasnah baru aku tahu dari mana datangnya sikap riang ria dia tu.Patut muka macam baby face.Makcik pandai buat lawak patut anak pun sempoi:)

*The moment aku dapat tahu mak Nad pergi meninggalkan dunia buat selamanya dan aku tak dapat datang ziarah dan bersama dengan dia.Aku rasa terkilan sangat.Tapi aku tahu Nad is a strong person that i had meet.Hanya doa dari jauh yang dapat aku iringi:(

*The moment Sue kawin aku sedih sangat tak dapat join jadi bridesmaid dia :(Times tu nama aku terpilih untuk join sukarelawan banjir ke Kelantan.Tapi aku  gembira sebab hajat dia nak kawin bawah pedang masa sekolah tercapai:)

Credit to Nad photo

*The moment semua kawan-kawan aku berjaya belajar hingga degree aku tumpang gembira.I'm proud with them.Nad success dalam kelas pertama Degree bachelors of administrative science  dan Hasnah pula tengah sambung buat master dalam banking.Aku dan Sue pulak tamat belajar dalam Diploma of Nursing dan sekarang masing -masing bekerja di sektor awam.

                                                          Credit to Nad photo





TQ FOR DROP HERE!



Monday, 28 September 2015

Stress!

Assalamualaikum......

Hai readers! Terasa lama sangat tak update blog nie.Harap korang semua  jaga kesihatan berikutan indek IPU yang naik turun .Bukan setakat aktiviti harian terganggu jer,nak bernafas pun rasa payah .Apa nak buat ?Doa jerlah..

Nothing to hide..Dalam 2 bulan nie ,busy dengan kelas memandu.That's why i'm so stress !Itulah lambat sangat ,tangguh kerja lagi.Yang mana rasa dilema tu jangan pikir panjang.Jawabnya dari  lepasan SPM  -->DIP-->TANAM ANGGUR-->KERJA.Baru nak ambil kelas.Nasib tak tunggu cucu cicit*hikhik.Agak lambat untuk menghabiskan kelas sebab  N ambil dekat seremban.Nak continuously ikut date memang payah kalau dah kerja shif.So,kena arranged schedule.

Bukan senang ikut model pembelajaran yang baru nie.Leceh giler,terpaksa ulang balik dari bawah.Rasa cam bernanah pun ade.RPK tak payah citer lah,Bagi aku lah tak payahlah nak cakap tertib sangat dari A-Z .Memanglah  itu adalah untuk elak kemalangan.Tapi daripada bagi 18 markah untuk RPK,baik ajar camne nak tukar tayar.Iti benda paling penting.

Banyak benda sebenarnya nak citer tapi tau jerlah kan dah lewat malam.Esok N shif pagi.Wish me luck  for my JPJ test this wenesday.Really hope to pass it well!




Monday, 29 June 2015

"Suasana Ramadan "

Assalamualaikum......

Terlebih dahulu Cik N nak ucapkan Selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di bumi Allah ini.  Terutama sekali kepada  pengunjung setia blog ni.*krikkrik~ aku ade pembaca setia ke ?*.
Dah masuk ramadan ke-12  baru nak updates.Aiyoo! Last post pun  dalam dua bulan yang lepas.Post masa nak sertai PTM.Lepas balik dari PTM ,terus senyap jer.Oleh sebab yang demikian,Cik N' dah cat wall background baru untuk menghangatkan suasana ketika menulis.

Alhamdulilah sangat ! Ramadan kali ni , akhirnya dapat jugak duduk dalam  bilik single dan housemate baru .Housemate  merangkap rakan sekerja dalam satu batch .Bukan di blok A tetapi di blok kediaman lama.Tapi i perasan kan duduk dengan rakan sekerja atau somebody we know well lebih baik dari duduk dengan orang asing.Baru  tahu perasaan duduk dengan orang asing  nie sangat berisiko .*I will tell uolls later*.

Ramadan kali ni lebih meriah berbanding sebelum ni.Berganding bahu menyediakan hidangan adalah satu perasaan yang tak boleh nak di gambarkan.Sangat menyeronokkan!Teringat masa dekat kolej dulu.Dapat lah jugak rasa air tangan orang lain kan?selalu air tangan sendiri jer.Sambil-sambil tolong tu boleh  belajar resepi baru dari orang pantai timur.

It not about the food only,menunaikan terawikh dan mengejutkan orang sahur pun best*
*walaupun kadang -kadang kau rase payah  bila kejutkan orang yang tidur mampus nie,lepas tu pulak pintu dikunci.Lagi teruk ,bila kau kejutkan kau pulak yang kena maki.kadang-kadang rasa nak baling selipar pun ade,hahaha*
Syok!

Harap korang semua pun meraikan ramadan dengan meriah tahun ini walaupun menyambut di perantauan.Hangatkan suasana dan timba   pengalaman tersebut kerana pengalaman itulah
 yang mengajar kita erti kehidupan yang sebenar.









Friday, 24 April 2015

PLan Tak Menjadi..

Assalamualaikum......



All the planned that supposed to done  was totally ruinned after my name was called to follow courses transformation of the mind a.k.a induksi that will be held in  janda baik tomorow.Which is the most important courses to be a permenant goverment staff .Seriously ,i was hoping that will happen on next intake T_T.

I was planned on vacation with some of my ortho geng since one of my friends want to had a trip vacation before getting marriage soon on this mei.Wauu i'm so excited  !!! *but i can't..
Well i only plan but Allah is the one to determine our fate.Right?ermm..
Whatevers happen, by hook or by the crook my  dream to jetlag will check  on my list later!





Psst://mood to speaking(even not so good in grammar) ,bad mood,no idea
*thanks for reading!*



Monday, 26 January 2015

Pengalaman Baru..

Assalamualaikum......

Hai geng.
Pejam celik dah  masuk bulan 2 dah!
Still remember my past entry,
i had told about my fload mision in kota bharu?
So,N' ingin berkongsi dengan anda semua.

________iNI kiSah Cik N'________

Ia merupakan pengalaman baru buat aku yang baru setahun jagung  dalam DUNIA MEDICAL.Alhamdulilah misi kami terlaksana dan berjaya dalam masa yang singkat dari  jangkaan  kami.Saya terpilih dan rela menjadi sukarelawan even poket tengah pokai,hehe .Target kami adalah untuk memberi sumbangan dalam  penjagaan pesakit dan target lokasi kami adalah Hospital Universiti  Sains Malaysia yang terletak di Kubang kerian.



Kami seramai sebelas orang sukarelawan jururawat dari Institut Kanser Negara bergerak seiring menuju ke Institut Pengurusan  kesihatan (IPK)untuk mendengar taklimat psychological self-sufficience first aid.Memang psyco lah sekejap kan,memang bagus ..nanti taklah terkejut  sangat .Agak ramai yang menyertainya yang aku anggar lebih dari 50 sukarelawan team medikal yang  majoritinya terdiri daripada  jururawat .Gerakkan ke tiga ini akan diagihkan kepada dua lokasi antara pahang dan kota bharu.

Alhamdulillah  kesemua Sukarelawan IKN  bergerak seiring  ke HUSM,kerana terdapat beberapa pasukan  lain yang akan diberikan penginapan sementara menunggu hari perlepasan ke lokasi misi.Perjalanan kami menuju ke Kota bharu dengan firefly mengambil masa 1.Dari kaki langit,kelihatan ada  kawasan yang masih lagi ditengelami air dan itu sama sekali tidak menggetarkan malah kami menjadi lebih bersemangat .

Ketibaan kami disambut mesra oleh Doktor Syed dan Matron Nik yang  bertugas dalam pengurusan  penempatan sukarelawan.Penginapan sukarelawan agak selesa dari bayangan kami.

Keesokkannya pada pukul 8 pagi.kami berkumpul untuk mendengar kata -kata aluan  dari matron chik  dan tentang taklimat penempatan sukarelawan di ward.Kami diberitahu tentang tujuan,census peningkatan pesakit yang naik secara mendadak dan masalah kekurangan kakitangan yang dihadapi di HUSM.


Saya dan empat orang kawan yang lain  ditempatkan di unit Hemodialysis.Unit yang paling mendadak naik bilangan pesakitnya.Berikutan  banyak kawasan yang terlibat dalam ganguan bekalan air  .HUSM mempunyai sepuluh buah mesin dan tiga puluh buah mesin tumpangan  dari  center HD berlainan .Mesin tumpangan HD ditempatkan di unit kecemasan lama.Pengurusan mesin tumpangan akan dikendalikan  oleh kakitangan center mereka   dan staff  sukarelawan. yang mempunyai post basik dalam unit HD.

Oleh kerana,bilangan pesakit terlalu ramai hingga tidak dapat dibendung,pengurusan masa rawatan terpaksa dipendekkan sehingga keadaan kembali stabil. Tugasan  kami adalah menjaga kaunter ,mengambil vital sign ,menyediakan heparin saline. dan  priming mesin (dengan pengawasan kakitangan post basic)adalah sesuatu yang baru kami pelajari di sini.Pengalaman itu sesuatu yang harus kita cari dan untuk  berjaya kita perlukan pengalaman.kami mengambil peluang ini  untuk belajar dari kakitangan center HD tentang cara pengunaan mesin HD.Pada hari ketiga saya sudah lancar untuk  mempriming  mesin..

Hari ke-empat ,situasi mula stabil.Masalah bekalan air  mula kembali.Pesakit makin berkurangan dan  Operasi pengembalian mesin ke tempat asal bermula Banyak center yang akan mula buka kembali.Rawatan kembali panjang semula selama 4 jam.Unit HD lebih relax  dan kami jangka  penempatan  kami  selama 2 minggu tidak akan lama .

Seminggu kami di HUSM hanya kami dan Allah  sahaja yang tahu betapa peritnya penderitaan mereka tentang kehilangan .All is getting well ,we proud to give our care provider.Walaupun sebenarnya aku teringin  nak menyertai aktiviti sental lantai berlumpur di kawasan kuala kerai tu.hahaha.*jangan tak tau ,siap bawak kasut pua chu kang lagi..semangat punya pasal kan.errrrrm

"Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, 
tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara."
~ Abraham Lincoln ~






 pss:// Mungkin agak skema ayat yang digunakan sebab nie report yang N' kena send selepas habis misi,copy jer lah report,hehehe^^

Thursday, 25 December 2014

End of My Chapter 2014..

Assalamualaikum



Check'it out my 2014 archievement & best picture ...



 Sepanjang tahun 2014,alhamdulillah kerana Allah kurniakan kesihatan yang baik buat Nesa dan ahli keluarga.Tahun 2014 adalah tahun bermulanya kerjaya jururawat CIk N',dimana N' perlu hidup berdikari .Perlu belajar cara pengurusan wang,pembayaran bil,sewa dan belajar menjadi ketua rumah yang baik walaupun kadang kala ada berlakunya salah faham.Tapi itu adalah lumrahkan,nobody were perfect including me.Pencapaian terbaik pada tahun ini.


Target Tahun 2014 Tercapai.
  1. Impian masuk KKM tercapai.Even kena berjauhan dengan family but for me it doesn't matter as long as you can lean on yourself.
  2.  posting  di department  orthopedic *salah satu department yang paling aku suka selain Operation Teater(OT)  .
  3. My first smart phone.Click  SIN
  4. Camera Casio Exilim model terbaru.Kualiti gambar yang terbaik buat kaki selphie..Cuma perlu download application Flash air dekat phone dan pick photo yang kita nak nak.
  5. CPD point capai 40 markah ke atas,bermakna gaji boleh up tahun depan.
  6. OMG,my visitor!it was more than what i target.*Maknanya SEO blog aku tak lah seteruk mana 
  7. Part of family Kelab Ben Ashaari.
  8. 100 follower tercapai.*insyaallah'tahun depan nak berjinak dengan segment
  9. Now i'm a part of Nuffnang and entitle to Blogerrati.
  10. Wajah baru teratak Blog Weirdlavender.blogspot.com.*I lurv brick :-)

Photo Cik Nesa


Target Tahun 2015
Untuk hasrat yang tak tercapai lagi carry
 forward pada tahun depan lah . Banyak dugaan yang melanda di Malaysia,diharap tahun 2015 MAlaysia hidup dalam aman damai tanpa rusuhan dan bencana ..




#Happy Natal day &  Happy New year for those who celebrate it.
#pray for pantai timur..

Wednesday, 17 December 2014

Cerita Hari Ini..

Assalamualaikum......

Hey my lovely geng!2015 semakin menghampiri N' harap sangat target 100 followers in this years tercapai..Yang dah follow tu thanks a lot sudi follow blog kita.N' bukan  desperate tau,cuma nak aim target tahun nie jer,hehee.

Meh nak share sikit story hari nie..


Seperti hari-hari yang lain ,bunyi jer alarm terus bangkit mandi.Dah siap nak pergi kerja barulah kemas tempat Tido.Tapi pagi nie N rasa geeeeram betol bila kemas  sebab ternampak  makhluk dracula parasit nie hinggap dekat area along kawasan.Ooooh menyorok eh,main chak-chak pulak.Bukan tak tau,bedbug nie  spesis burung hantu pergi buat spot sheck siang buta mana nampak,ngok* bukan spesis genre ye tetapi berjaga malam.

Kang dah terkena dekat batang hidung sendiri, selalu kau tak serius sangat hal nie kena dekat housemate kau.


I bukannya tak kisah ,cuma situasi hidup di rumah bertingkat nie agak menyukarkan cik N nak menjemur bagai.isshh...Kalau tak dah lama dah Cik N gulaikan pepijat tu sampai hangus T_T
Apa yang Cik N buat ialah spray kan  bancuhan serai wangi pada kawasan bucu main entry for bedbug.

Nak tahu ,hasilnya???


Inilah hasilnya..nampak bijian yang berterabur tu.Itulah bedbug..
Hebat betol serai wangi..Kalau ade pengalaman yang sama macam saya,sila-silalah berkongsi.


N was struggle for this..
*Misi mencari rumah masih belum tercapai lagi
*Masalah pepijat btol-betol menyusahkan...









Thursday, 20 November 2014

SToRy Of BedBug

Assalamualaikum......

Lama rasanya n tak menaip entry baru..lately nie ward ortho terlalu busy,padahal hari-hari busy.Mungkin lately nie banyak terima kes patient yang bedridden*kurang kemampuan dalam menguruskan diri sendiri.Ditambah pulak dengan masalah bedbug yang melanda rumah sewa .Tak der lah sampai satu rumah kena,cuma bed room no 2 yang terbabit.Jom kita kenali  bedbug atapun pepijat  nie dengan lebih rapat lagi .

nama saya bedbug or you can call...
scientific name:cimex

Serangga parasit ini sukar kita nak tau akan kehadirannya pada waktu siang ,ia aktif pada  waktu  malam tanpa disedari oleh orang yang digigit.Sebab itu kalau aku bangun jer dari tidur akan nampak macam bintat yang besar dan mulalah nak menggaru.Bila ia menggaru ,gatal mengenyamnyer lain macam.Kat mana agaknya binatang nie suka hinggap?


Oleh kerana binatang ni dah buat sarang.Bilik itu mungkin tak dapat diselamatkan.Kalau korang rasa pijat tu tak teruk sangat korang cepat-cepatlah bertindak guna cara lama untuk basmi ,

  1. Jemur tilam korang dekat bawah panas matahari terik-terik.Biar mampus semuanya.*kalau duk flat susah sikitlah tak der ruang.
  2. Boleh sebur korang punya tilam pakai cecair serai wangi yang berlambak jual kat pasar raya.tak pon buat sendiri jer..
  3. Bila aku buat research petua kat blog,banyak yang sarankan agar guna kulit,daun ,ranting  buah durian belanda buat penghalau.caranya adalah korang letakkan kat bawah katil atau kat tempat pijat tu..lari lah nanti benda tu.
Satu jer aku nak cakap kalau benda nie dah bersarang dah tak boleh buat apa dah..better pindah jer dari rumah tu kalau yang duk rumah sewa,kalau rumah beli kenalah cari agent pembasmi cimex ni.Ianya boleh mengeram 1-5 biji telur dalam sehari dan mengambil masa 21 hari untuk menetas.
Bedbug nie mampu hidup selama setahun tanpa makan darah manusia.

Semoga pencarian bilik sewa saya dipermudahkan oleh ALLAH S.W.T...






Monday, 8 September 2014

Throwback Weeding Photo...

  Assalamualaikum......

It's my off day today,horeey..*i can see there is bloggerati promoting in nuffnang,let click!
Throwback meen weeding ^_^



lets selfie sementara tunggu 6 orang anak dara siap,hehe



Test camera mode dulu sebelom shot pic in big day













Dayang dayang



mesyuarat door gift,sementara menunggu tetamu datang


next  person ~




we are door gift gurl!!
we are wearing Aisyah collection*pich scarf


siapa kakak sape adik?

rehat sebentar,penat panas..air please..


Boleh pulak buat kelakar dekat majlis orang nie,moral of story pakai betol2 lain kali ..




Tol.tol.tol...


Nampak jer ayu  amoi nie,tapi boleh ajak jamming tau,huhu*ecah & my cousin


photo boot* trend of ceremony today.


sesekali nak selfie guna prob jugak,hehe


Cover cun masing-masing.huhu*terover pulak

family pengantin perempuan..



Wish both of you be happy until jannah
^______^

Sunday, 27 July 2014

Riang raya...

Assalamualaikum......

Berlalu lah sudah ramadhan ,sebulan berpuasa,
Tiba syawal kita rayakan ,
....*wait

haha,gitu pulak kan..Rendang siap dah ker?or ade  yang tak buat rendang tahun nie sebab  kena berkhidmat.Anyway,cik N nak mengucapkan  selamat hari raya kepada yang bertugas mahupun yang beraya sakan dengan keluarga tercinta.Yang  mana dapat orang baru dalam keluarga tu,tahniah ok..
Persiapan raya 100 %done.Cuma tinggal berapa juadah jer tak done lagi.
Baju kali nie seorang dua pasang sahaja.*jubah & kurung
Kasut ,tak payah cakap lah,den punya 3 pasang ok,haha*tamak wasabi

Tahun lepas kami sekeluarga  boria dengan tema jubah hitam


i guess raya tahun nie still jubah jugak yang menjadi trendy.cuma  kali nie lebih banyak choice.
Pasaran kali ni ,mata N lebih fokus pada  jubah cotton ,jubah maxi,jubah sequin.*what uolls choice?
.my family choose cotton abaya.Tak de lah satu colour jer kan.suit untuk di pakai untuk sembahyang raya nanti .

Kepada yang drive balik ke kampung tu,hati-hati^__^

woooooohhh,
Balik kampung
Perjalanan jauh tak ku rasa kerna hati ku melonjak sama
ingin berjumpa sanak saudara
yang selalu bermain dimata.
(*menyayi pulak kan)

Akhir sekali,saya blogger cik N'esa ingin menyusun sepuluh jari andai ada terkasar bahasa secara sengaja atau tidak sengaja.Walaupun kali ni,checklist ramadhan tak lengkap.Amalan wajib  harus diteruskan.*jangan pernah tinggalkan perintah-NYA.
(^_________^)
kosongkosong


Tuesday, 17 June 2014

Jom layan site Mampir Cik N.

Assalamualaikum......



Hai korang:)
Rindu Nesa tak?haaha(perasan betol)I miss a lot of things to updates kan?jelous dengan blogger yang update post dengan event yang banyak berlangsung ataupun yang masih lagi berlangsung .( hijab festival in PWTC  & Flower and Garden Festival/Floria  in Precint 4,Putrajaya which still held on  14-22 june 2014.)So exciting  to go ,right!!!Insyaallah  N akan pergi ,jika ada kesempatan .Lets talk about others.

Finally,semalam dapat jugak tengok movie Kami Histeria,yuhoo.(bukan main excited lagi)To be true N nie bukan lah kaki Wayang..Paling malas sekali nak jejak kaki.It was fun,layan jer bila tengok ,sebab N suka lagu-lagu indie.Bagi yang belom layan lagi cerita nie,jom mampir dekat link Tonton Best Movie.Free tau..Malam nie nak layan cerita Awak nak khawin dengan saya..:)


Thursday, 24 April 2014

Layan D.korea???

Assalamualaikum......

Hai korang!!!minggu nie anne  x tau nak buat research ape?mati kutu weh,haha*padahal dok sibuk tengok citer korea ''To the beutiful" ataupon nama lain nyer "For you in full blossom".Sape follow?Actually,anne tau dah rentetan citer nie sebab dah banyak versi kot ulang tayang.Cuma yang nie nampak plot dia lebih fresh.



Walaupon dah banyak kali tengok,aku macam suka pulak versi baru nie..mungkin sebab sulli,haha.Bagi korang,bosan tak,kalau tengok plot yang sama?confirm bosan..tapi kalau plot citer menarik,banyak kali pon anne cuba layann..Bagi anne heroin dia tak lah cantik  mana pon,yang pasti dia senyum..memang nampak comel..

Anne dah buat link citer nie kat site jom mampir tu.so,sapa yang rasa macam nak follow lebih advance dari TV8 boleh search  Tonton korea/drama net. Kat jom mampir anne.


Mood Skarang # Hilang stress dengan korea,sebab tak der masa nak pergi shopping



Monday, 21 April 2014

Akhirnya Tercapai : TQ

Assalamualaikum

               Welcome to my blog,hehe:).Tercapai sudah 50 followers.i think it took almost 8 month to archieve my target after starting join 5 segment,haha....*lepas nie nak join segment BW  banyak2.Thanks korang,i feel so good to seen my follower list.I don't expect to much in blogger world but i love to visit blog korang yang wonderful superb ,lagi meletop tu,wakaka...*sebab tu N-anne buat blog,supaya senang nak cari  list blog..

             Apa macam header N,wokey kah???

*Tak tau nak cari mana header yang cun melecun.For me,nmpak macam ok dah,cuma kurang umph sikit back ground dengan header warna serba serbi hijau biru..tapi,for temporary ok lah..Memang niat hati,lama dah nak tukar.tp bila tngok kwan dh ramai berhijrah-.*alhamdullilah:),rasanya saya pon kena berubah wajah header nie..

Suka SANGAT  tengok art.For me....

The way you snap the pic,there is value of art inside of that.It could be an environment,model or how u handle or being creative with the camera. -ulasan pakar pengkritik,saya la tu.

Lepas nie,nak kena belajr guna kamera adik gua lah.hahaha...



SeLaMat Tinggal Header ku yg comel-
credit : cik rireen



Lepas nie,jangan serik singgah blog saya tau..
saya mungkin seorang yg pemalu,tapi i'm not a shy cat when beside with unstranger but..
saya suka berkawan dan membaca
poyo giler -xoxo






Wednesday, 9 April 2014

I'm back!!!

Assalamualaikum......




Hey korang,i'm back..kembali aktif berblogging,hoyeh:0.Lagi-lagi dah ada broadband sendiri.Dari dulu lagi kot aku nak beli benda alah nie.Dapat gaji pertama,aku pikir nak beli benda nie dulu..Lepas nie,tak payah tunggu nak balik seremban berebut broadband dengan adik untuk  nak update ,blogwalking or blablabla...Aku kalau on internet or wifi,bukak blog jer.Sampai mak aku bising ,apa yang aku buat dekat depan note berjam-jam,hee.

Sekarang nie aku menumpang kat Hospital lain.Maklum lah Hospital aku tu baru bukak plus aku nie  freshy lagi,so haruslah keluar mencari pengalaman.Duduk dekat Putrjaya nie serba-serbi mahal.Rasa macam harga nya lagi mahal dari kos hidup di Kuala Lumpur.Duduk flat buruk jer pon,sewanya 1k.belum campur deposit lagi.Rasanya macam harganya sama jer dengan sewa condo murah  di KL.Nasib duduk ramai-ramai,pitis pon tak der lah terasa  habis sangat.Alhamdullilah,budak rumah N semua ok,tak der yang jenis lazer dan buas..Buas?buas macam rimau,haha.

Hari nie cuti,tak balik kampong pun..seharian menghadap note*mana tak rabun mata tu cik kak oi.Nak pergi Alamanda macam malas pulak nak pergi sorang diri.Lagipun,hari nie nak tonton drama feveret.apa lagi kalau bukan Be careful with my heart,ngee~Hari nie,maya get married with sir chief.horey!!!i love that part.Part of vow ,haha.Tapi,Kilat kuat sangat aku terpaksa tutup Tv ,rosakkan tak pasal-pasal kena repair.But nevermind nanti  boleh recap kat Tonton..Nasib ada tonton.Dah lama  aku cari CD Becareful with my heart.Tapi tak jumpa pon.Kalau korang terjumpa,bagitau eh,hehe..

Cakap pasal repair, maintanance datang rumah.Dah dua hari bilik air tersumbat.Kalau duk flat,tu jer lah masalah nyer.Nama pon rumaha anak dara,jadi  mana lah gheti  nak formen2 nie.Dah lah aku  kena cas mahal,RM 120 kot.Padahal bukan lama pon dia repair.Tak sampai 15 minit.Cekik darah betol orang putrajaya nie.Maybe betol  cakap adik aku,better kumpul duit beli rumah berbanding kereta.Harga kereta semakin turun.Harga rumah pulak semakin naik.Sekarang nie dah besar,kalau dulu parents,warden yang uruskan hal rumah.Sekarang nie,kena lah belajar buat semuanya sendiri.

Aku tengah survey handphone apa yang paling best.Survey jer dulu tau..Tak nak lah tersalah buat pilihan.Korang rasa smart phone mana yang best yer?
(Share your ideas with me)

pts : sekejap aku sekejap N,pelik betol blogger nie,haha
i admit it @____@

Friday, 31 January 2014

Blooming of spirit !!!

Assalamualaikum & Selamat Tahun Baru Cina.....
^_^



Setiap manusia 
pasti akan mengharungi pelbagai babak/chapters di dalam kehidupan,
Bermula dari alam persekolahan   --->   pelajar U  ---> kini melangkah ke alam pekerjaan.
No longer depend on the moment you step into the world of working!!!
but we can still contact with our god*ALLAH , ask for help from ALLAH when bad & good thing happen
~InsyaALLAH everything will run smoothly if you are working with fully commitments & attentions~
*spirit of work*


Just want to share with uolls,read this

baca sambil teleng kepala,huhu:)

Wednesday, 15 January 2014

5 Days To Go~

Assalamualaikum......

Salam Maulidur Rasul...sejak 2 menjak nie,banyak segment yang N dah terjah,alhamdullilah capai juga 30 followers. Thanks uolls~

          Ada 5 hari lagi , untuk buat persediaan melapor diri di IKN(Institut Kanser Negara)..Should i cry ,shout or whatever?mengucap wahai Anisah~Nafsu untuk update post semakin membuak-buak!!!confirm,rindu giler nak update,wakaka...Sampai mak N pon tension menengok anak dia depan laptop  hari-hari @_@...Biasalah N nie kalau menyelam suka  minum air..*in reality,N tak tau berenang pon*sambil blogging N cari maklumat bilik untuk disewa kadang-kadang buat latihan  drug calculation.*tu pon mak aku nak marah*



Semalam N  sekeluarga menjelajah area Putrajaya..maklumlah nak jadi warga PJ kena tau selok belok kawasan*actually,looking for room to rent..Kawasan jelajah pertama saya adalah Hospital IKN .Perasaan pertama kali menjejak kaki agak berbaur,excited ada takot lagilah~Hospital ni dirasmi buka pada 2014.Cantek,macam Hospital Swasta!N pon tak pernah praktikal dekat Swasta.

Hospital location ~checked

Survey bilik di internet tak semudah yang N sangka,macam goreng pisang panas,baru post dah ada penyewa..On 3rd day, jumpa jugak  bilik untuk di sewa,harga RM 200 sahaja,no sharing,cooking is allowance..tu yang sedap dengar tu.Cuma yang jadi masalah sekarang nie,owner nie berkeluarga dan ada baby umur 6 bulan serta 2 penyewa lagi dalam rumah*tu tak jadi masalah lah.Tapi takkan aku nak berhijab 24 jam dalam rumah,rimas kot...Persoalan yang ke 2,kenapa lah owner nie tak nak bagi alamat rumah...N pun jadi was-was,owner ni penipu kot.N nak turun PJ esok nie.at least ,bagilah sedikit kepercayaan .Persoalan ke-3,kenapa tak boleh tolong reserve  rumah tu until you give me the complete adress..suruh bank in  duit pendahuluan lagi.~kau ingat aku tinggal belakang rumah kau jer ke???

Seterusnya,pencarian bilik sewa di flat hijau yang nama lain nyer aku tak ingat..Lokasi flat tu ,dekat jer dengan Hospital.Bas pon banyak keluar masuk dekat situ.Stesen bas belakang rumah jer,senang  nak balik kampung nanti...Yang paling best,tempat jogging depan area flat jer.Orang kat situ semua baik-baik,mat bangla pon kurang..mesti,persatuan penduduk situ aktif.

Ada satu mak cik tu,baik giler,dia sanggup terima aku  duduk rumah dia buat sementara waktu.Laki mak cik tu kerja dekat brunei,balik pon jarang sekali*anak cik ina ni ada tiga orang,semua kecik-kecik lagi.Alhamdullilah,ada juga manusia yang prihatin.Tapi sebelum aku jumpa makcik nie,N ada jumpa notis sewa.*masalahnya kena bayar deposit rumah,sewa bulanan RM 210..totally RM420.owner pulak tak free time tu..tapi mak den kata fikir dulu,tapi N dah book dulu.

Persoalan ~
(apa yang uolls akan buat kalau dekat tempat N?)
  1. Menyewa bilik quaters (RM 200,no sharing) ~tak dapat alamat lagi,tempat tak boleh reserve.
  2. Menyewa bilik di Flat (RM 210,tapi kena bayar deposit=RM420,deposit boleh dipulangkan tapi kena cari kawan / totally 3 penghuni /no sharing)
  3. Duduk dekat rumah Cik Ina buat sementara waktu
  4. Menyewa rumah (RM 1000 -complete dengan perabot)~N kena cari orang.

#To many choice pon pening juga..takut yang di kejar tak dapat,yang di kendong berciciran.Semoga Allah permudahkan urusan N.



Blogger Note:
Starting next week,N akan fokus pada Kerjaya.but don't worry,bila N balik nanti N post banyak2.Love uolls (^_^)

Tuesday, 31 December 2013

Best Shot 2013!!!


Assalamualaikum......



   Pejam celik....esok dah nak masuk tahun 2014.Syukur alhamdullilah kerana Allah telah permudahkan segala urusan  N dan anda semua pada tahun ini..yeah!!! uolls happy with all moments of this years..i hope azam uolls semua tahun nie dah settle...apa maccamm???

Dah buat senarai azam baru?N nie sibuk jer tanya orang..tanyalah diri sendiri,hehe.Starting from now,Nesa a.k.a anisa akan membahaskan  diri ini sebagai N.kenapa N?sebab rasa macam pelik dan panjang pulak sebut nama sendiri.In my reality world, N selalu bahaskan  "orang" .kelakar jer aku dengar.haha:D

Yang pasti,tak kira apa jua perkara yang terjadi , baik atau buruk itu pasti ada hikmah di sebaliknya.Kerana yang baik itu dari Allah SWT dan yang buruk itu dari diri sendiri kerana Allah sayangkan kita...I Love my family & friends...muaah~


 MoMents of 2013...


Geng panji hitam(sibling) & my cousin during Hari Raya ....
ketika semua orang memilih baju pastel sebagai tema
,kami sekeluarga memakai jubah hitam di pagi raya,haha


COHORT 14B,i lurv uolls..segala pahit manis 14b akan terus terpahat di hati ini.
persahabatan itu N pahatkan juga di blog ini
(al-fatihah to my friends~arwah  Quratu Aini)

berakhir sudah status bujang girl aku sorang nie...kawan merangkap jiran aku,hehe..
(time nie tengah busy dengan final exam)


Graduation day..with all  my study group a.k.a housemate.tapi,sedihnya ada member yang tak lepas..

Tahun baru azam baru,tutup segala duka jadikan nye sebagai iktibar dan pengalaman hidup.
Yang lepas tidak akan berulang,yang mati tidak akan kembali.
Azam 2014,N tidak akan sia-siakan tawaran  yg kerajaan berikan.N akan berkhidmat dengan cemerlang mengikut piawan etika kejururawatan;D



TQ FOR VISIT THIS BLOG!!
(Follow me in 2014)


Tabung Nufnang #