Showing posts with label Beuty junkies. Show all posts
Showing posts with label Beuty junkies. Show all posts

Tuesday, 10 May 2016

Aktiviti hujung Minggu:Deco meja make up

Assalamualaikum......



     Membeli barangan make up ni bukan lagi menjadi satu kehendak buat masyarakat kita zaman sekarang tetapi dah jadi macam satu kepentingan.Terutama buat anak muda yang suka mencuba produk baru.Tengok pic atas tu macam boleh bukak kedai pulak .Masyallah ! harap kita tak jadi macam ni.Maklumlah pantang nampak benda cantik atau hits mula lah gigih  nak beli .Tapi setakat ni tak over limit.Yang paling penting kita kena tanamkan dalam diri kita dulu ialah habiskan yang lama baru beli yang baru.Jangan beli yang ade function sama jer.That 's the main point yang kita kena ingat sebelum membeli.

Asyalie tutorial


Sejak tersangkut cintan dengan make up ni..Tangan ini asyik scrol IG Make up jer and follow tutorial make up ,Parah dah la ni..haha.Since aku tengok tak de rupa benau meja make up aku berbandig gambar hak atas tu..Aku pun mula lah projek deco make up table aku..Dari tak de rupa langsung  sekarang ni baru lah nampak ..Boleh lah dari tak de langsung hahaha:p


Friday, 12 February 2016

Beuty Junkies: Fairy Tale Merve Full Coverage.

Assalamualaikum......


Nak cari base make up yang natural?
Apa kata cuba produk  dari Fairy Tale Merve Full coverage .Kaya dengan ekstrak 'super  Fruit'.Bau wangi dari ekstrak dan khasiat vitamin c dan e dari  peach, acai berry , goji beri  , dan manggis ni.Tambah pula   dengan bahan seperti L-glutathione + collegen + stem cell.Betul-betul  pure organik dengan fuit blended la dan yang  paling Nesa suka make up tahan lama sebab ianya mengandungi UV protection SPF 50.


Wah..macam best jer kan.Giler tak best namanya .
All in one with Merve as Foundation ,primer ,councealer and shading .
Khasiatnya mampu mengurangkan kesan jerawat,menghilangkan garis penuan dan parut serta mengecilkan pori-pori kulit .

Kalau nak buat shading ala -ala artis  gitew kena guna kod dalam gambar ni.
Confirm lepas nie express  bila bab siap.Wudhu friendly tau!


  Foundation Merve yang ini superb best lagi sebab ianya berasaskan air (water base) dan bukannya silikon base.Kalau pakai silikon base kena cuci dengan pencuci muka sebelum berwudhu.Tapi kalau MERVE  foundation  ni senangnya nak tanggal dengan air.Senang jer nak cuci dan rasa nipis jer bila di alas  di muka.Tak perlu make up remover.Boleh rasa air wudhu menyerap masuk dalam kulit  kita .Water base MERVE  mampu  bertahan hanya 6 jam sahaja pada wajah.


Foundation still intact walaupun tengah snorkeling time panas.
Wajah rasa  lebih segar dan cerah berseri .


Coming soon ..
MERVE akan  keluarkan produk serum "Fairy tear potion ".
Superb dengan multivitamin primer serum.Di perkaya dengan pelbagai ekstrak semulajadi bersama formula antioksidan yang hebat khas untuk  memudarkan kesan parut dan melicinkan kulit.Nak sapu kawasan selain muka pun boleh.

Best betul la MERVE nie:)


Others product from MERVE


Jika anda rasa ingin mencuba produk keluaran MERVE .Boleh contact untuk dapatkan harga promosi.

Contact:
FB pengasas produk :Joy Revfa Sofia
atau agent Elly :ELYMA 007
Wasap: 013-3131731



Monday, 11 January 2016

Beuty Junkies : Milia Seed?

Assalamualaikum......

Setiap kali blog aku bersawang..
Suka benau rasanya hati nie nak tukar background baru..Berjam-jam depan screen akhirnya hampas juga .Tak tahu nak cakap setia ke atau memilih sangat .Can someone help me? Dah try  design side bar flora style  tapi susah la.Malas nak main coding-coding nie.

*************

Nak story sikit pasal skin care produk  yang kita baru beli.
Kulit cik N tak ada masalah serius pun.Paling  minor pun masalah milia seed dekat area bawah mata.

Tahu tak apa itu milia seed?

Sumber google:
Tempat feveret milia seed menternak.

Ini lah dia milia seed!
Milia seed kalau translate pada english adalah " oil seed ,keratin milk bump and milk spot" .
Kebanyakkan  terhasil di sebabkan oleh salah guna produk kecantikan kulit dan serum mata.
Milia seed terjadi apabila kelenjar peluh kita tertutup dan tidak mampu mengeluarkan lebihan minyak.Makanya ia adalh sel kulit mati yang lama terperangkap dalam kulit.Terlalu kerap mencuci muka atau sunburn juga mampu merangsang masalah ini terjadi.

Sebelum ini ingatkan ruam panas atau biji kolestrol .Padahal bila check kolestrol darah dekat farmasi..normal pulak!Tak ke heran tu..


Masalah milia seed aku masih dalam peringkat awal.Tapi bila tengok milia seed yang kita duk ingat ruam tu semakin membesar.Tak betah dah kita.Masalah berpunca dari salah guna produk .Terus stop serum sarang burung tu.Confirm 100% lepas nie aku   akan reject  mana-mana bahan yang ada bird nest nie.Sebab sebelum nie pun pernah ada efek negetif lepas guna shampoo dari bahan bird nest.Rasa  gatal dan panas jer kulit  kepala.Sangat-sangat tak selesa milk seed ni.Bila pakai bedak nampak tompok dan tak rata.

Ready skin care product  by "Remedy Luminous" .

Memberi fokus  untuk masalah pori dan  milia seed.


Home Made Remedy:

1)Sebelum pakai apa-apa bahan..Terlebih dahulu,gunakan uncang teh yang panas dan perahkan uncang teh tadi .Kemudian tekapkan pada masalah skin kita tu supaya pori terbuka dengan senang.Kemudian gunakan krim salicyclic acid as a base thin layer mask.Bilas dengan air.Hanya lakukan seminggu sekali untuk milia seed yang menebal terutama kawasan bawah mata.

2)Madu adalah penawar segala penyakit...Hanya sapukan madu pada kawasan muka sebagai masker atau anda mungkin boleh menambahkan jojoba oil atau campuran bersama gula kasar sebagai scrub 
muka.



p/s:source from e-how,com /10 home remedies/new york skin solution.






THANK YOU FOR VISIT MY PAGE!


Friday, 27 February 2015

Puffy eye or aegyo sal?

Assalamualaikum......

I had something to declare my secret with korang!
yes i had big eye bag..
Namun adakah korang tau bahawa tak semua puffiness of eye tu adalah eye bag dan ia sebenarnya keunikkan yang Allah kurniakan.
pernahkah korang dengar dalam kamus kecantikkan tentang   "Aegyo sal" ?
confirm lah kan.. first time dengar sebab ayatnya pon dari kamus korea.


"Aegyo sal'' dalam korea bermaksud cantik ,comel dan menawan.
In chinese ae (love) and gyo (beutiful).These are NOT as the same as under eye bags.Dan selalunya..ia kan nampak ketara masa kita senyum.So,It also called as eyesmiles.

Hakikatnya puffy eye adalah kantung lemak''fat pouches" yang buat mata kita nampak lebih besar dan muda. Yang  rata-rata orang korea jeleskan rakyat malaysia.Sampaikan ada yang sanggup menjalani pembedahan plastik untuk buat aegyo nie^^

Now i won't feel down with my cutie pouches
Tak percaya? sila tanya cik google ok.haha.
#Selama nie orang dok cakap mata aku besar hakikatnya  kecik ,a
nd the truly it's i had aegyo sal !
so,what about u????
.


p/s:Esok 28.FEB.2015, bertempat di padang kawad uitm alor gajah melaka akan ada karnival FITCOMM GERGASI...Sesiapa yang free boleh lah melencong sat jumpa  noh salleh dan diandra.Macam2 aktiviti fit seperti wall cimbing,zumba,space ball .Terbuka pada orang ramai.-adik cik N akan jadi MC esok^^

Friday, 19 December 2014

Therapy hair with JOJOBA essential...

Assalamualaikum.....



Berasa rimas dan tidak selesa dengan dengan rambut anda.Cuba rangkaian produk yang berasaskan jojoba .Anda pasti tertawan dengan hasilnya.Mungkin korang pernah dengar tapi tak tau pon apo bendo  tu?haa meh sini Cik N' nak berkongsi dengan korang semua.

*simmondsia chinensis*
Inilah rupa pokok jojoba.Tanaman jojoba hidup di kawasan padang pasir sebab tu harga dia mahal .Jojoba juga dikenali sebagai wild hazel and coffeeberry.Mengandungi vitamin E ,A, B dan mineral seperti zink,copper dan chromium.Bertindak sebagai anti bakteria dan anti inflamasi.

Jojoba   bukan sahaja dalam komersial shampoo dan conditioner tetapi juga ia  digunakan secara meluas dalam menghasilkan rangkaian produk kulit  dan pelembab bibir .Buat orang yang memiliki deria hidu yang sensitif,anda jangan risau kerana ia tidak mengandungi bau-bauan.Ia tidak mempunyai kesan sampingan tetapi awas jojoba tidak boleh diambil secara oral* minum kerana ia dikatakan boleh menyebabkan jantung rosak terutama sekali pregnant lady and BF lady*breast feeding.


1. Jika anda mengalami  masalah kulit kepala berjerawat,bengkak,rambut kering,kusam dan gugur .Jojoba adalah pilihan yang tepat untuk menyelesaikan masalah anda kerana ia boleh menyerap nutrisi hingga ke dalam akar  rambut.Melindungi rambut dari sinar UV.

2. Masalah jerawat sering bersangkut paut dengan kewujudan bakteria yang menepek di liang-liang pori.jojoba yang memiliki khasiat anti-oksida dan antibakteria sesuai untuk diaplikasikan.Bukan sahaja jerawat malahan masalah ekzema,burn skin* kulit terbakar,scar*parut,kedutan,psoriasis* kulit bersisik pon boleh diselesaikan.


So ,no wonder lah kenapa harga jojoba oil nie mahal  ^_^


Monday, 14 July 2014

Superb Pore Minimizing By Garnier...

Assalamualaikum......

      Garnier duo foam pore minimize.WHO LOVE IT?(*i love it)...Produk yang berasaskan  beras hitam dan putih (black +white).Sebelum tu N nak review sikit produk yang berasaskan beras juga.

      Seperti yang semua orang tau, banyak  dah produk  sabun  berasaskan beras dipasarkan.N pun pernah jugak try dulu,murah kan(*tapi yang terlampau murah tulah tak bagus)..sometime,sabun tu macam kesat bila kita sentalLama kelamaan liang pori N bukan nya mengecil tetapi ia semakin besar dan kering.So,i stop with using it..I guess,benda tu sangat-sangat tidak sesuai buat orang yang memiliki kulit sensitif dan berjerawat .(*itu menurut kata kawan N )

Tetapi,berbeza dengan produk baru garnier ini,kulit saya tampak lebih segar,bersih dan pori yang dulunya besar kini makin mengecil..Adakah anda juga rasakan begitu?

5/5 mark
PS :Nak  flashback sikit , korang semua ingat lagi  tak enteri lepas  berkaitan  sakura white??so lepas dah try kena lah bagitau bagus ke tidak.ye tak?For me ,i give 3/5 mark for sakura white.Sebab N tidak berapa suka dengan teksturnya.Tetapi ia memberikan tona merah kemerahan sedikit seperti blusher.Yang paling N suka adalah baunya yang sedap seperti bau roti strawberi(*rasa nak jilat jer kan bila pakai).



TQ FOR DROP!!!

Tuesday, 7 January 2014

Relax Dengan Home Detox Spa~

Assalamualaikum......




        Syok jugak erk kalau sekali sekala kita manjakan kaki!pergi spa ?
tak payah pergi spa..apa kata girl2 semua relax hujung minggu nie buat spa kaki di rumah.ermm ~
macam menarik jer kan.....boleh hilang stress dan lenguh-lenguh kaki,nak hilangkan bau kaki pon boleh,hihik

Pernah dengar rawatan detox dengan  menggunakan epsom salt?Epsom salt nie bukannya garam yang selalu mak kita gunakan dalam masakkan,tetapi ia adalah garam yang mengandungi mineral magnesium & sulphate.Iwant to tell uolls ye,gabungan 2 jenis mineral ni sangat meletop!dah macam dalam rancangan meletop pulak.

Magnesium memainkan peranan yang penting dalam mengawal aktiviti enzyme di dalam badan,melancarkan pengaliran darah.serta mengurangkan masalah keradangan .Ia juga  membantu otot dan saraf lebih relax.Manakala,sulpahate  membantu meningkatkan penyerapan nutrient dan pembuangan toxin sekaligus meringankan masalah sakit kepala yang sering melanda rakyat.

Epsom juga adalah mineral anti-bakterial & anti-fungal.Sesuai dalam merawat masalah dibawah..

# kaki berbau                                   
# tumit merekah/ibu jari merekah
# athlete foot
# lebam
# terseliuh
# gout(mengurangkan bengkak)
#Membuang kulit mati
#Menanggalkan bintik hitam

Selain itu,mineral yang terkandung didalam epsom juga memberi manfaat pada alam sekitar.Air rendaman kaki tu nanti jangan buang pulak..jirus dekat pokok.Epsom mampu menyuburkan tumbuh-tumbuhan dan kandungan nutrisinya mampu mencegah daun menguning,daun pun nampak sihat menghijau .Ini kerana,magnesium juga adalah element yang penting di dalam  molekul kloropil.Epsom juga bertindak sebagai racun serangga secara semula jadi.

Yuk kita buat treatment Spa di rumah!!!sambil membaca,dengar lagu..kita gunakan aromatherapy ni untuk relax kan minda.Cuba try dekat ibubapa kita mesti dorang suka:)*mana tau boleh dapat duit poket lebih..


TQ FOR READING THIS ENTRY!!!



Monday, 6 January 2014

Jerawat,what's The Solution?


Assalammualaikum......


Geram jer aku tengok jerawat ni kan..ish jangan picit!nanti berbekas dekat muka.Nanti tak der orang nak,hahaa~kelakar sangat lah statement tu.Bangun tidur,tengok cermin dapat kawan baru.lepas tu havok satu rumah macam kucing hilang anak.itu iklan jerawat lah tu...




kenapalah masalah jerawat ada di dunia ni?sebab nyer nie lah.nampak gambar atas nie.Bermula dengan masalah malas mencuci muka.Apabila liang-liang pori menjadi sumbat maka terhasil lah jerawat ini.Tak semestinya malas jaga muka,masalah hormon,kulit mati,bakteria,pengambilan ubat-ubatan dan stress pon boleh jadi sebabnya.

Actually N suka pakai bedak sejuk kalau time jerawat.Bedak sejuk menyerap lebihan minyak dan menjadikan kulit lebih licin,boleh buat masker.usually pakai time malam lah,takkan siang-siang buta pon nak pakai.Karang dapat pulak title lain.hihik.Tapi kalau nak lagi mujarab,air limau nipis tu campur dengan bedak sejuk.

Sometimes,jerawat nie degil sangat...N tenyeh jer dengan krim safi gamat nie.Dengan tanda-tanda sekali hilang.kadang-kadang rasa macam nak tukar pakai krim muka safi pon ada.serius weh boleh hilang.tapi kena lah rajin pakai.

Kalau jerawat uolls,memang tahap degil giler..Pergi dekat pharmasi,pi beli Dilancin-T.Ubat ni macam toner tau,ada antibakteria.Cousin N yang habak,den pon syorkan dekat kawan den nie.Elok,bekas2 sekali hilang.




Thursday, 17 October 2013

New Product from Garnier...


Assalamualaikum..





             Sebelum tu nak tanya sikit,siapa  kat sini pengguna setia Garnier?haha (*saya lah tuu..wah bukan main lagi,ade macam gaya duta bercakap tak)Tau tak kembang kuncup hidung nie bila tau  Garnier keluarkan  product baru...Wah Garnier..bukan main hebat lagi kau,gasenyer baru jer lagi product Garnier Snowpine tu (*aku baru jer pakai tu tau,saje jer nak suruh aku rajin2kan diri pakai Garnier sebab nak bagi abis then boleh try yg baru pulak).


weirdlavender.blogspot.com


             Aku guna Garnier nie dah lama tau since sebelum Dip lagi*so,kalau korang tanya aku ok ke tidak?aku akan kata ok kalau guna secara konsisten..kalau korang jenis tak konsisten memang sama jelah kulit korang tu..so,this is the perfect product that i have tried between the others..kulit lebih moist,elak kulit dari kemunculan bintik hitam dan spf dia boleh tahan tinggi.Bab putih tu,boleh la..tapi kalau nak extreme putih lagi kena rajin pakai krim malam..(*kalau malas macam den nie memang tak lahh..)

           Tapi apa yang paling penting adalah kulit  aku  tak berminyak,jenis kulit pulak macam tuan dia ketegak nak natural ingredient jer.Tambah lagi metabolisma terlampau tinggi, (*tak payah exercise pun dah peluh tang kat hidung ,sebab tu badan aku lambat naik.kalau naik pun.. pipi jer kene attack,hehe)So,aku memang  kene  rajin sental hidung..Actually, kesesuaian produk tu ikut orang jugak..kalau orang tu dah pernah try dan rase tak sesuai stop terus..*sebab kawan aku cakap dia pakai lagi gelap..ermm cammane tu~tapi rase nyer tu tak kritikal lagi..

            Aku pernahlah jugak berhenti pakai Garnier buat seketika (*yelah,mahal sangat Garnier tu,nak pakai satu set..student lagi.So,no money no buy lah)tapi bila aku berhenti pakai,muka aku lebih teruk ade lah...elok2 tak der spot belah kanan,dah ade..tension~Sammbung balik pakai Garnier... actually kan walaupun Garnier nie mahal,korang boleh pakai lama tau..Jangka penghabisan produk adalah 5 bulan (*for me lah,kalau korang tak taulah~)

        Sibuk cerita produk sebelum nie sampai lupa nak review .Back to topic ,Kali nie Garnier menampilkan rangkaian Product baru iaitu Garnier Sakura White..

New product From Garnier..


            Apa yang special nyer produk baru kali nie yer???Berbeza sebelum nie,Garnie hanya memberi fokus pada pengurangan bintik hitam kini dan selamanya dan Produk Garnier kali nie pula lebih fokus dalam aspek pencerahan rosiness  secara semulajadi dengan sumber Sakura..Jom kita tengok tagline terbaru nie..

+60% rosy radiance in just 4 weeks*

Radience
Say hello to natural rosy, radiant skin with Garnier Sakura White. Enriched with Sakura extract, it effectively brightens your skin from its source while boosting its natural rosiness. Watch your skin blossom from dull yellowish to rosy radiant in just one month!
Testimoni Garnier..
From  web Garnier
                                                            
Sebelum aku melalut jauh pada topik research Sakura nie,berpegang pada tagline aku

"Saya yakin dengan Garnier"
(*hahaha,sengal jer aku nie).Tu jer yang aku nak sampaikan..
kalau rase tak penat nak membaca lagi,sambunglah baca,Miss Nesa buat Research sikit (*peace)

         Sakura a.k.a cherry Blossom bukan hanya cantik tapi kajian menunjukkan bahawa Sakura juga mampu memberi manfaat pada manusia.Manfaat apa yang ingin dikatakan adalah:

  • Kajian  karen Bay,iaitu pengarah Spa Calistoga Ranch menyatakan bahawa "antioksidan dalam cherry membantu dari segi kesihatan dan kecantikkan kulit.Cherry sesuai untuk kulit matang dan  memberikan rangsangan untuk pertumbuhan semula  serta merawat pigmentasi yang tidak sekata akibat sinaran bawah matahari.



Manfaat selain Kulit..(*apa salah nya sambil menyelam minum air,hehe)

  • Satu penyelidikkan di Universiti Michigan program Integratif  telah dilakukan. Cherry adalah sumber yang kuat antioksidan dan fitonutrient.Diet yang kaya dengan Cherry juga membantu mengurangkan faktor2 resiko untuk penyakit jantung dalam mengurangkan paras kolestol dan sindrom metabolik a.k.a  diabetis problem serta meningkatkan kapasity antioksidan dalam darah.
  • Penyelidikkan  Raymond Hohl,MD di University of Lowa City membuat kajian terhadap perillyl alcohol ,sebatian semulajadi yang terdapat dalam Cherry Tart mampu mencegah dan merawat kanser.Katanya;ia seolah-olah menutup pertumbuhan sel-sel kanser dengan menghalang mereka daripada berkembang/merebak.
  • Penyelidikkan di Universiti Johns Hopkins dan Michigan State University  telah memberi tumpuan kepada cherry sebagai sumber semula jadi melegakan kesakitan a.k.a pain killer yang mengandungi  antisianin.-aspirin/ibuprofen.
  • Menurut Russel Reiter J,Profesor biology sel dan stuktur di University Texan Sains Kesihatan..Melatonin adalahCherry juga mengandungi kuantiti besar melatonin,cukup untuk menghasilkan perubahan positif dalam badan bersangkut paut mengenai hormon yang mengawal corak tidur dan weakfulness serta antioksidan yang memusnahkan radikal bebas.


 #panjang giler ulasan research aku...Hahaha
(*TQ pada yang sudi membaca,kalau rajin komen lah..komen anda sangat dihargai tapi yang baik2 jelah don't crush me ok,hehehe)

Click HERE untuk ketahui result penggunaan sakura  garnier by miss nesa^^

Tabung Nufnang #