Monday, 12 October 2015

Day 4:Best Childhood Memory

Assalamualaikum......


Dah puas tidur baru boleh update untuk topik cabaran semalam..


Google source

Memori childhood adalah kenangan lalu yang  kita akan ingat sampai bila-bila .Cerita lama selalu terpahat kuat di memori. Perbezaan zaman budak -budak dan sekarang dah tak sama dengan  arus moden kanak-kanak sekarang.Absolutely,made a huge differenciate!

OLD SCHOOL 
VS 
MODERN

Trend games budak dulu lebih extreme vaganza dari zaman moden sekarang .Lebih real lebih mencabar.Kalau tak percaya cuba tengok beg laundry .Dulu kalau balik jer dari rumah ,baju mesti bau masam ,kotor tak yah cakap .Sekararang nie moden ,main games electronik jer.Chiit!Picit button dah goal.Kita dulu berpeluh-peluh  nak dapatkan goal tu.

Kita dulu membesar dekat pertengahan bandar.Tapi still lagi extreme.
Siapa kata budak bandar tak main games extreme?Walaupun duduk pertengah bandar,kami extremes dan still famous dengan games rondes,galah panjang,guli,baling selipar ,batu seremban,congkak dll.Riuh dengan suara kita orang jer tahu!Tak de mak cik yang nak marah-marah.Tak de mak cik bedah yang datang mengadu.Sebab orang dulu dia lebih faham mentaliti kanan-kanak.Tapi jangan lah kau pergi main rondes dekat dengan kawasan rumah.Mau tak marah kalau tingkap rumah dia pecah.hahaha.Sekarang nie,masing-masing dah kawin.Nak jumpa pun susah.Last jumpa pun masa weeding.Rindu T_T

Google source

Baru lepas bukak album lama.
Teringat pulak  zaman raya  kanak-kanak kita.Setiap tahun kami beraya di kampung halaman mak di Melaka.Kampung belah ayah jarang sangat kami beraya,nenek dan atuk pun akan join kami sekali.So,masalah nak balik beraya kampung ayah atau mak tak pernah jadi isu.Sebab ayah dan mak aku sepupu .Kalau balik melaka nie wajib jumpa si Maz nie kalau kita orang tak balik raya mengajuk katanya,tak de kawan nak kumpul duit raya,tak de geng pillow talk malam mantai,tak de geng pecah rumah,tak de geng nak main bunga api lah.Hahaha.My cute lil' cousin.

Pagi raya,aku akan bangun awal berbanding orang lain.Sebab nak cop bilik air.
Tapi selalu jadi yang last juga bagi orang besar siap dulu.Yeke?#$% macam bukan jer,hahaha.Macam biasa sementara tunggu kaum lelaki balik solat raya,kami makan-makan dulu.Bersalaman dengan saudara mara.Last-last baru salam minta ampun  dengan mak ayah.Kita orang akan round satu kampung limbungan untuk kumpulkan duit raya.Masing -masing buat muka kesian nak dapatkan duit raya.Zaman  sekarang nie honest betul.Kalau beraya,mak cik rumah tu siap tanya lagi nak duit raya ke makan-makan.Sadis betul.Budaya oldschool dan moden dah tak sama.

Cerita raya aku biasa sahaja tapi banyak memori yang aku tak boleh lupa...

Petang tu kami  sambung balik raya .Orang dewasa jaga rumah tapi ada satu hari tu aku ,adik beradik dengan si maz  hampir kena kejar dengan anjing gila.Macam mana boleh terlepas tali pun aku tak tahu.Dah macam serigala bila aku tengok muka lapar anjing tu.Bukan sekor dua jer nie tiga ke empat ekor kot.Lari lintang pukang kami minta tolong.Sekali Pak cik tu tunjuk penyapu lidi dia terus anjing tu lari lintang pukang.Nasib ade orang dengar kalau tak maut kena virus gigitan anjing .Ngeri jer bila duk ingat.

Cerita aku hampir kena patuk dengan ular.Masa tu baru balik shoping raya dekat kedai runcit .Biasalah beli jajan dan game tikam lah kerjanya.Masa tu musim kemarau.Ular suka menonjolkan diri time nie.Aku tak perasan pulak yang terbelit dekat pagar rumah kosong tu ular.Ingatkan belukar yang duk lilit pagar*morning glory hang .Nasib cousin aku cepat-cepat tarik aku jauh sikit dari pagar.

Cerita lama susah untuk kita lupakan dan kalau nak cerita pun tak kan pernah habis dalam satu hari.
Well,we all miss old school thing.




p/s:Day 5 wil updated this night:P

No comments:

Tabung Nufnang #