Showing posts with label 30 post about myself. Show all posts
Showing posts with label 30 post about myself. Show all posts

Monday, 16 November 2015

Day 20 : Collection.

Assalamualaikum......

           Tak salah untuk mengumpul.Tapi biarlah berpada - pada agar poket tak bocor*mengata diri sendiri pulak.Sekarang nak masuk hujung bulan.Confirm end year sale! .Bukan sekadar parkson jer.Kau akan rasa lagi stress bila buka laman sosial .Penghabisan stok tu..Discount habis-habisan ,harga jatuh menjunam.Fuhh..setahun sekali jer tau.Tahun depan dah standby dengan design baru..

Sejak bekerja nie dah pandai berjinak-jinak beli outfit dari butik.Bak kata mak aku.Tak main dah baju standard pasar Malam.Bagi aku tak kisah lah butik ke tak asal ada label dan yang paling penting material outfit tu sangat sedap untuk di pakai.Percaya atau tak ,semakin nginjak usia ,semakin malas nak gok baju.*kemain lagi hipotesis fesyen kau kan hahaha.*Kalau keluar selalu rushing,sekarang nie kalau boleh nak cari baju dari material crepe,tak panas dan tak berkedut.Macam Zefiks lah..




Mungkin ada yang tak kenal lagi  zefiks  dan mungkin ada yang tak tahu bahawa tengah hari esok Zefiks akan buka pre-order balik untuk cinderella.So,siapa yang tak berkesempatan lagi boleh order cepat-cepat esok.Wah bestnya kalau dapat cinderella dark purple .

klik SINI

Simple and elegant.Jom dapatkan cinderella dress dengan harga runtuh RM 100 sahaja di www.ZEFIKS.com

Pre order start from 17/11/2015 until 25/11/2015

COMING SOON

Falling in love:)

P/S:Rasanya enteri kali nie lari dari tajuk my collection,sebab koleksi aku pun ciput jer.Bagi aku belanja ikut kemampuan.Apa yang penting kita selesa dan rasa confident  dengan diri sendiri.*Lepas nie nak pergi tutup akaun sosial *.Harap enteri kali nie,dapat bantu korang untuk cari dress yang hot.Kbye!


TQ FOR DROP HERE!

Saturday, 14 November 2015

Day 19 : 5 book i read on regular..

Assalamualaikum......

Hai korang..Baru sempat nak update challange...
Emmm...The truth is aku jarang baca buku yang aku dah katam..Melainkan subjek-subjek berkaitan dengan nursing and health.Walaupun novel!Aku cuma akan katam sekali jer.Lagi-lagi bila dah kerja  nie.Mood membaca kecundang ke laut terus.But i still got my 5 list on hand..Why i love to read regularly with no bored.

1) Awak Suka Saya Tak (ASST )
Karya Melur Jelita

Karya sulung Kak MJ is almost the best one.Sebab it's simple .



2) House Rule By Jodi Picoult


This 's  the best and mystery story yang paling aku suka.Guess what aku dapat katamkan novel ni dengan jaya dan sabarnya.Tak mengantuk langsung:P

3) Princess by Jean Sasson


The best classic novel.The real story of inside Arabiann royal family.

4)Aa+ Bb :Karya Hlovate


Tulip love between Engineer and Doctor sejak dari sekolah.

5) Doktor Cinta :Karya Dyadila



Aku suggest siapa yang belum baca ,kena baca sebab memang lawak kering gusi bila baca novel ni..


P/S:Koleksi novel zaman kolej yang paling aku suka..


 TQ FOR DROP HERE!

Wednesday, 11 November 2015

Day 18 : Happiness

Assalamualaikum......

Yeah  i  know that !
It's a bit  bored topic because it' cliche  right?
Read this , it's may help you to find yours happiness!

       Alhamdullilah:..Allah kurniakan manusia dengan perasaan yang pelbagai.Perasaan marah,benci ,suka, duka , dan sayang.Tapi ada juga wujud  tambahan perasaan  yang tercipta ,hasil dari sifat marah dan benci iaitu hasad.Apa dia.. tu?Dengki nama lain nya...Dengki ini adalah sifat iri yang paling kita semua takut dan Allah benci.Berhati-hatilah dengan dengki kerana dengki itu yang memusnahkan kebahagiaan diri si pedengki dan orang yang di dengki.Perosak kepada iman  dan penyakit kepada hati manusia.Semuanya kerana hasutan syaitan.

"Jauhkan lah diri kamu dari dengki,kerana dengki akan memakan kebaikan-kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar"-ayat terjemahan HR,Abu Dawud no.4905

Di antara dengki,gensi dan gibthah.Maka pilihlah iri gibthah kerana ia jauh terpelihara dan di anjurkan oleh Allah S.A.W.Gibthah itu adalah persaingan yang sihat untuk perkara yang kita ingin atau iri,

Mencari  kebahagian itu lebih mudah jika hati kita ini tenang.Jauh dari sifat-sifat yang di benci oleh Allah S.W.T.Aku yang dulu juga adalah seorang yang sangat keras hati apabila berdepan dengan kemarahan.Tetapi  pesanan yang emak selalu titipkan pada aku ,berjaya melembutkan hati ini. 

 Sabda Nabi Muhamad SAW:" Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai ) dalam pergelutan,sesungguhnya orang yang kuat itu iailah orang yang dapat menguasai dirinya  ketika marah."(HADIS RIWAYAT BUKHARI)


...RESEPI BAHAGIA..






My happinest nom 1 is when  people love me.Happinest nom 2 is  when i able to make people happy.Happinest nom 3 is when my blog traffic or followers  increases.Happinest nom 4 is when i able to wear a beutiful cloth.Happinest nom 5 is when i get all what i wanted by my own .


P/S:Bersyukurlah atas nikmat yang Allah S.W.A kurniakan buat kita semua.Ketahuilah bahawa azabnya jika Allah tarik semua nikmat yang dia kurniakan .


TQ FOR DROP HERE!

Sunday, 8 November 2015

Day 17 :Why and When I Start Blogging?

Assalamualaikum......


Kenapa agaknya blog weirdlavender.blogspot wujud?

      # Asal aku buat blog ni sebab mudah bagi aku  nak simpan link blog korang masa nak blogwalking.Semak weh bookmark google chrome aku dengan link campur aduk.


               # Seen aku ni seorang yang pemalu dan suka meneroka benda yang aku tak tahu.Blogging ni                   banyak bantu aku dari segi pergaulan dan mengasah penulisan.

 # Googling is my hoby.Scrap book diary is my fasionate.Zaman sekarang kan dah moden.Laporan,note book semua hujung jari dah tak pakai pensil.Ye idok?


         Aku start buat blog ni dari zaman kegemilangan  kak paten dan Maria Elena aktif dalam blogging.Di sebabkan aku bosan tak tahu nak buat apa lepas SPM.Tercipta lah blog tak seberapa aku nie.Betapa susahnya  nak buat blog ni.Ingat senang nak buat blog rupanya banyak benda kena study.So,aku give up dengan blog.Habis Diploma aku buka balik blog aku yang dah lama bersarang.Study SEO dari blogger otai Hasrul Hasan but still fail main kod HTML.Maka aku setting yang simple-simple jer.Boleh klik dekat sini. Thanks banyak sebab share.Sangat membantu sebenarnya topik-topik yang di kongsi.

Nama blog?Time tu aku blur lagi tak tahu pun,nak bagi nama dekat URL blog pun sangat  penting.Asal usul nama weirdlavender.blogspot sempena aku suka sangat dengan bunga lavender.Bunga lain semua aku tak suka..Tetap dengan lavender juga,even bau-bauan pun aku suka bau lavender dengan green apple jer.*ingat nak letak epal hijau or something tapi nama dah tak rare.Ramai sangat yang guna.Itu dulu lah.Sekarang ni obsesi pada bunga lavender dah kurang.

p/S: Sejujurnya aku masih lagi tak puas hati dengan design blog ni.Header pun atas ehsan dari google image .Aku cuma buat edit mana yang patut je.Niat nak  upah design blog tu ada.Tapi bukan tahun ni.Sampai sini sahaja.Semoga shift malam aku  tenang-tenang sahaja.




TQ FOR DROP HERE!

Saturday, 7 November 2015

Day 16 : My biggest accomplishment

Assalamualaikum......

Hai korang!
Dua hari tak update bila nak habis 30 days challenges nie T _T.Mesti bosan kan dengar citer pasal Cik N' jer.Sabar lah wahai hati,habis nie baru boleh buat post research ok.Topik kali ni rasanya macam dah banyak kali duk habak.Tapi mungkin juga ada yang tak tahu sebab tak baca.Dengan adanya "To do List'' baru senang kita nak capai target hidup kita.Betul tak?

'Tahniah juga buat adik-adik yang convo .Dapat tak dapat dean list tu tak penting yang penting kita tahu kita dah buat yang terbaik''-Tahniah buat  adik cun kat bawah nie,haha*mintak2 dia tak baca kalau tak confirm kembang:P


''TO DO LIST''
  • I guarantee bet .Pencapaian terbesar bagi seorang pelajar adalah menamatkan pelajaran  dengan cemerlang.Dean list is the biggest accomplishment for my hardwork for three years.Rindu nak jadi student lagi 
  • Selama tiga tahun doa jangan pernah putus.Sebab aku tahu bukan mudah pelajar swasta nak masuk goverment.Start dari semester dua aku azam CGPA kena meletup above than 3.0 .Alhamdullilah Allah makbulkan doa aku nak jadi staff gomen.-TIPS:Kalau nak Pointer meletup ,awal semester korang kena kerje kuat baru senang nak naik CGPA.Tapi kalau korang tak boleh maintain hasilnya pointer tu senang jatuh mendadak *macam saham pulak?
  • Kalau nak ikut kan mood ni.Setiap hari yang kita lalui pasti ade saja yang tak kena.Betul tak?Bagi aku ,kalau hari-hari aku dapat maintain mood happy good lucky.It's my biggest accomplishment:)



  •  Merakam saat-saat terindah kita.Itu adalah pencapaian terbesar buat diri kita.Sebab tu jugalah    terciptanya blog, diari,gallery,kamera,dll.Betul tak?
  • Kalau aku lulus jpj memandu kereta hujung tahun nie.Maka lengkaplah matlamat 2015 aku.


P/S : Insyaallah ,Cik N' akan follow mana-mana visitor yang tinggalkan link dekat footprint capri..Korang follow sini ke tak .Cik N' tak berkira, tetap follow korang.Itu hak masing-masing .Follow dan blog walking dekat blog korang pun my biggest accomplishment.Yang penting kita enjoy:)


TQ FOR DROP HERE!

Wednesday, 4 November 2015

Day 15 :10 Things Make Me Feel Awesome!

Assalamualaikum..

Setiap manusia dekat dunia ni ada cara tersendiri untuk buat diri mereka gembira.Termasuk lah kita-kita ni.Untuk buat diri kita rasa owsome kena ada prinsip dan pegangan hidup.Barulah kita akan rasa kick dengan semua benda yang kita lakukan.Dah tengok citer  kick?


Walaupun cerita kick buat kita rasa betapa enjoy cara dia nikmati hidup.Tapi mustahil lah kan.
Well it's just a story!

...10 Thing I Feel Awesome...
  1. Definasi cantik bagi aku adalah confident.Well,people always look external appearance but people also look our internal appearance,which is our confident.This years i change my style to boost up my confident .
  2. How to look confident?Smile make other surrouding think , you had a full confident in yourself.Stand up with your back and straight with good eye contact .Practice speak with loud and clear word.It's the only thing we can feel ohsome.So,make sure we took a good care of our teeth ok:P
  3. Everytime i present my case to doctor ,i feel good when i know my patient condition very well.
  4. I give my best service to my patient.
  5. When my patient says thank you,it's  realy touching deep into my heart.
  6. Team work is ohsome!
  7. When i able to perform my solat 5 times per day in early time,i feel super ohsome.
  8. I feel my day get a kick when i start my days with read al-quraan .It's a good start as my daily routine.
  9. Make a new recepi is realy ohsome for me!
  10. I feel ohsome when i able to do what i feel fear.


TQ FOR DROP HERE!

Day 14 : What's My Current Spotify Music.

Assalamualaikum......

Tajuk tak lah susah mana tapi mood nak update tu yang ke laut :P
Sekarang ni banyak sangat lagu baru yang berkumandang di radio..Tak banyak pun lagu lattest yang aku suka.Mana best aku download.Antara yang tersenarai di bawah ni,adalah lagu yang aku baru download .

***DOWNLOAD FROM MP3 SKULL***

*Hanya Kamu (shahrul AF)
* Kisah Dua Muka (Sufi AF )
*Hidup Dalam Mati (Syamel AF)
*Berdiam Sahaja ( Bila AF)
*Stay (Estrella )
*OST What's up /Stupid Cupid ( New Korea Drama)
*OST Kil Me Hil Me (Korea Drama/5 star)
*OST Mask/only one day (Korea Drama/5 start)
*Binnabil Huda (UNIC)
*Audio Daie Musim ke 3/Hamidah
*Terlalu Rindu (Elena Harris)


Jom Karoke lagu nie:)


Cahaya mentari di pagi hari Sinarnya kaburi pandangan ku ini Hembusan angin menemani perjalanan ku Yang menuju ke hati mu kekasih Tapi mengapa ku masih rasa begini Bila mahu bertemu mahu saja jerit Terlalu rindu... terlalu rindu Jujur aku terlalu rindu Tiada lain selain rindu Terlalu rindu, terlalu rindu Jujur aku terlalu rindu Tiada lain selain rindu Oh, bulan!! Mana bintang?? Mana dia kekasih seorang?? Bantulah aku... aku dah buntu Bintang di langit, janganlah bersembunyi Usahlah membisu, bilang dia rindu aku Ku tak perlu semua hadiah dari mu Ku cuma mahu kau ada depan ku Ku tak perlu semua hadiah dari mu Ku cuma mahu kau ada di depan ku Terlalu rindu, terlalu rindu Jujur aku terlalu rindu Tiada lain selain rindu Terlalu rindu... terlalu rindu Jujur aku terlalu rindu Tiada lain selain rindu Oh, bulan!! Mana bintang?? Mana dia kekasih seorang?? Bantulah aku... aku dah buntu Bintang di langit, janganlah bersembunyi Usahlah membisu, bilang dia rindu aku Cuba padamkan lampu Lihat apa kau mampu Jangan risau aku bantu Setiap kerinduan tak dapat ditiupkan Walaupun angin lembut bayu Cuba kau teroka jauh sebentar Kalau takut cuba intai tengok dunia sebenar Tak perlu laju lari Takut tidak menjadi Mahu saja aku berdikari Hembusan angin menemani perjalanan ku Yang menuju ke hati mu kekasih Tapi mengapa ku masih rasa begini Bila mahu bertemu mahu saja jerit... Terlalu rindu... terlalu rindu Jujur aku terlalu rindu Tiada lain selain rindu Terlalu rindu... terlalu rindu Jujur aku terlalu rindu Tiada lain selain rindu Terlalu rindu... terlalu rindu Jujur aku terlalu rindu Tiada lain selain rindu Terlalu rindu... terlalu rindu Jujur aku terlalu rindu Tiada lain selain rindu

P/S:Nak karok dengan mudah jom karoke dekat apps phone Musixmatch.This lyric brought by         musixmatch:)





TQ FRO DROP HERE!

Saturday, 31 October 2015

Day 13 : My Regret

Assalamualaikum......

Sesal..
Semua orang ada penyesalan.Ye dok?
Tapi bila kita fikir berkali-kali .Why we need to regret on something what we choose.Mungkin Allah nak tunjuk  sesuatu dekat kita..

Macam aku,time sekolah beria azam kuat nak jadi interior designer.
Menangis  weh nak masuk kelas LK punya pasal.Tup-tup bila dapat tawaran masuk kelas AADH ,.Aku boleh tolak tawaran U dan decide untuk masuk Nursing even aku tak suka bau ubat .


But  i'm happy now with my job starting with spirit of team work.
Thanks ayah!



TQ FOR  DROP HERE!

Friday, 30 October 2015

Day 12 : Something What I Miss

Assalamualaikum......

Hey korang!
Alhamdullilah dalam dua hari nie langit nampak molek jer.Haze pun dah tak de.Harap semuanya akan come back to normal continously.Mungkin sebab  nak masuk hujung bulan,musim tengkujuh.Preparation kontegensi kena siap sedia dak?Semoga Malaysia aman dan jauh dari bencana amin..


Ape yang aku rindu?
Aku pun tak pasti lah tetapi satu hal yang kita semua pasti akan rindu bila dah masuk kategori belia.Mesti alam persekolahan yang akan kita rindui.Budak comot,budak skema,budak gengster haha:)Event kita benci dan  tak suka sekalipun ..benda tu yang kau akan rindu dan akan ceritakan pada  bakal anak-anak kau untuk gambaran mereka.Love story maybe?Jangan tipu!tipu dosa haha:P


Bila ingat-ingat balik banyak benda  yang aku rindu.
Aku rindu zaman sebelum GST dan aku rindu pada pimpinan Mantan menteri Dato Dr.Mahathir dan sebelumnya.Confirm bukan aku sorang yang rindu.Keamanan Malaysia tanpa perbalahan politik juga menyatukan rakyat.Tak semua yang hadir dalam manusia tu indah dan nak tak nak kena hadap juga.Zaman dahulu dan sekarang jauh berubah.Perkembangan yang pesat mencetus ideologi yang baru.

''Ingatkanlah diri ini andai aku terus  terleka dan terus terlena di ulit mimpi yang indah.Tapi untuk bermimpi ,cuma pastikan  mimpi itu menjadi nyata dengan hasil titik peluh kita kerana dunia sekarang tak mudah macam zaman dahulu.''


P/S:Che wah ayat madah berbunga  pulak kita.yang lain rahsia:P



TQ FOR DROP HERE!

Wednesday, 28 October 2015

Day 11: Last Book I Read

Assalamualaikum......

Malas rasanya nak update,haip!
Be strong i'm under arrest for update entry 30 day challenges,hihi.Sejujurnya,aku pun tak ingat bila last time aku membaca fiction or non fiction.Nampak benau,aku  jarang sangat membaca lepas dah bekerja.Sekarang ni nak baca apa senang taip jer dekat wattpad,Tak tau? pergi google cepat-cepat.

This my last book i done read .

google source
Seindah nama penulisnya Fieyta An Nisa,anak kelahiran pada tahun 1992 yang berasal dari Melaka.Karya yang  sangat memberi inspirasi buat pembaca yang mungkin sedang memikirin bagaimanakah agaknya konsep orang tengah dalam merisik mengikut adat islam dan bagaimanakah  cara merisik akhlak bakal imam kita.Mungkin masih lagi  ada yang tidak mengerti bagaimanakah caranya bermusafir dengan wali.Istikarah dalam mencari syabab agama juga penting.

Pertemuan pertama tak seindah biasa.Bertikam lidah perkara biasa.Namun ,ada sesuatu yang menarik hati pemuda yang bernama Wafiq ini untuk terus mendekati si gadis yang bernama Damia.Bila  tajuk  di nyatakan pastinya andaian  zaman jahiliah yang keluar dari kotak fikiran.Adakah perkahwinan di usia muda menjanjikan kebahagian dan adakah pendosa itu tak berhak untuk menuntut peluang kedua?

Ingin saya kongsikan petikan  Dr.Aidh al-Qarni:
Dalam musibah itu terdapat empat seni iaitu mencari pahala daripada Allah,berkawan dengan kesabaran,berzikir dengan  baik.Dan menunggu  kelembutan daripada Allah S.W.T.

P/S:Amalan ibu Imam Syafi'e ketika menyusukan beliau ialah menyusukan dalam keadaan berwuduk dan membaca surah  al-Luqman ayat 16 jika menyusukan bayi pada dada bahagian kanan dan membaca surah al-Luqman ayat 17 ketika susuan pada dada bahagian kiri.Sesudah  sendawa,bacakan surah al-Luqman ayat 18-20.Makanya,setiap kali usai solat cuba titipkan doa di ubun-ubun bayi dan lafazkan doa ajaran Rasulullah:"Ya Allah ,berikan kepadanya kefahaman ilmu agama dan ajarkan kepadanya ilmu takwil (Riwayat Ibnu Abbas)



TQ FOR DROP HERE!



Monday, 26 October 2015

Day 10 : Daily routine

Assalamualaikum......



Hai korang..i feel sorry for myself sebab baru dapat continue balik 30 days challenges.As usual , when there's no internet no entry blog i can type.Ahaaa ..back to our challenges topic and  be honest with uolls,..daily routine a bored topic especialy when it comes about my routine.I'm not going to talk about my skin care routine.Did i just says that?

1)Rutin harian bagi aku yang kerja shift ni memang tak sama macam office hours.Publik holiday pun tak tentu ikut hari,kena lah ikut giliran.Cuti not specifik for me but you can request .Siapa ada rasa minat nak jadi goverment nurses?

AM shift: 7am-2pm
PM Shift:2pm -9pm 
ON Shift :9pm-7am/9pm-8am

Nurses take care over patient in 24 hours.

2)Since aku memang duduk jauh dari family dan rumah sewa aku tiada kemudahan media masa .It's was totally bored but lucky i still got my lotus notebook .phone ,hard disk,and broadband.It save me from stress over bored.So,do you think modern technology kill us?

3)Memasak bagi aku sangat simple.Dari aku student kolej sampai sekarang dapur mesti berasap, dah jadi rutin harian.Ramai yang tanya macam mana aku bahagikan masa untuk masak.Cara dia senang je.Harap tips aku dapat bantu korang semua.
  •  Pastikan semua barang  basah dan kering dah siap sedia dalam peti,kira stok makan seminggu .
  • Pastikan barang basah yang korang beli macam ikan,ayam,sotong atau daging  ,korang siang bersih siap-siap dalam tapau berasingan.Nanti bila nak masak,rendam awal-awal  dalam air dan kalau rasa macam lambat lagi nak masak tak payah rendam biarkan jer bekas tu dalam suhu bilik.
  • Pastikan cili kering,bawang ,bawang putih siap blenderized berasingan.Kalau rasa nak buat rencah nasi goreng pun boleh buat segera.(cth:B.putih,B.merah,udang,)Apa susah,mixed blend sahaja bahan yang kita nak ..letak dalam satu tapau kecil.Frozen food baby pun pakai style lebih kurang macam ni.
credit to google
  • Kalau rasa bujang,masak style bujang .Contoh macam masakan paprik ,masak lemak cili api,sambal toktok/tumbuk ,tom yam.sup ayam,Simple je, pokoknya semua bahan dah siap sedia .Tinggal nak masuk dalam kuali jer.Dalam 10-15 minit siap,lagi 5 minit tu kemas dapur:P



  P/:It's all i can share,i realy hope my tips  can help to overcome yours day.Sorry  for the broken language:P





TQ FOR DROP HERE!


Saturday, 17 October 2015

Day 9: My Bucket List

Assalamualaikum......

When people talk about their vacation.Seriously i'm jelousy ok! I also had one collegue in my ward which love  to jetlag around the world.We call her as Kak Lia..So,i already heard her  experience when had a jetlag   include others blogger.My bucket list still up in the air.

...May dream come true...

1) ISTANBUL :Istanbul is a city in turkey that straddeles in Europes and Asia across the bosphorusss strait.The city that wear cultures and history well.I would love to visit in one day for their great building architectures..

To do list:
Galata tower, Istanbul archialogical museum, Basilica cistern,Dolmabahche palace, Suleymanie mosque, Grand bazar,
Topkapi palace,Blue mosque, Hagia sophia,

2)KOREA :Korea is also known as Hanguk.Became famous and recognize from other world,started on drama korea.


To do list:
Nami island,Bear musem


4) BEIJING,CHINA : 

To do list:
Forbidden city,Tiannamen square,great wall,summer palace,ming tomb,winter palace,beijing capital museum

5) NEW ZEALAND & SWITZERLAND:

                                                                 

To do list(SZ):
Zurich,Genevera,Lucerna,Interlaken,Lake geneva region,Basel,Zermatt,Engadin st.moritz,Bern,Tinico,Appenzel

To do list(NZ):
Milford track,punaikaki coast,waikato river,Abel tasman coast,golden bay,Tongariro national park,The coromandel




TQ FOR DROP HERE



P/S :Credit to google.Hey guys,I hope you enjoys read my entry blog .This time I can only made a short entry since i'm running out my time.I would like to say thanks for visit my blog.Plis let me know your visitor on my footprint :)

Friday, 16 October 2015

Day 8 : My Pet Peeve

Assalamualaikum......


      Pet peeve ni bukan binatang yang kita geli tu..Benda yang paling buat seseorang menyampah dan rasa annoying .Orang lain mungkin anggap ianya biasa tapi bagi kita ia sangat menjengkelkan.

....PET PEEVE...

*kategori orang yang tak pandai jaga hati orang dan suka sakitkan hati orang sekeliling.

*Beli makanan luar tapi tak berbaloi.Beter masak sendiri.

*Pembakaran sampah .

*Sangat tak suka high alcohol perfume.orang lain boleh pakai tapi kalau aku yang pakai aku langsung tak boleh tahan...

*Benci rokok.Please consider other person health.

*Ludah merata.Please jaga kebersihan alam sekitar kita ni.



TQ FOR DROP HERE!


Wednesday, 14 October 2015

Day 7 : What ' s My Dream Job

Assalamualaikum......

Let's visit my blog and see what i want to share on my blog today:)



Semua orang dekat dunia ini ada job idaman termasuk aku juga.Tapi untuk mencapai apa yang kita nak bukan mudah .Perlu semangat yang kental dan azam yang membara.Aku ambil keputusan untuk tak ikut jalan EXIT .


Aku  minat dengan interior designer dan interior decorator sebab aku suka bermain dengan warna dan aku  suka mengemas.Bayangkan kalau aku dekat set kerja.Jumpa debu  confirm sinus aku bengkak (i means of resdung) hahaha.



Source from one of interior designer

 Untuk menjadi seorang interior designer sebenarnya bukan mudah.Perlu mentaliti yang kuat,kretiviti yang tinggi ,pengorbanan dan semua elemen dekat gambaran atas nie.Aku percaya dalam hidup tak semua  indah untuk di capai sebab Allah (S.A.W) dah buat perancangan yang terbaik untuk hamba-NYA.Aku ambil keputusan ikut hasrat ayah .Aku sambung belajar dalam sektor swasta sebab bagi aku masa itu terlalu berharga untuk aku tunggu .What  i can say right now.

I'm a nurses and i'm proud with my job now!







TQ FOR DROP HERE!




p/s:Tahukah anda Awal ashaari dulu merupakan seorang pelajar AAD tapi sebab masalah rabun warna yang dia ada ,Awal tukar coarse pada bidang MASCOM.Nak tahu kretif ke tak awal nie,cube tengok rumah dia.Dia memang seorang yang kretif:P*

Tuesday, 13 October 2015

Bestie Forever Segment By Jejak Jutawan Senyap

Assalamualaikum......

Kebetulan pulak  nampak liza mustafa join segment nie. Memandangkan aku pun memang nak update topik nie why not.Saya follower no 65 @ Jejak Jutawan Senyap.
Saya follow:)

        Ini  member rapat aku masa sekolah .Persahabatan kami bertiga bermula di STAD.Di takdirkan masuk kelas yang sama.Hampir dekat 11 tahun jugak lah persahabatan kami.Antara mereka bertiga ni aku paling rapat dengan Hasnah @ Shina dan Nad.

Typo:My Best friend my bestie.I LOVE U:)

  Tapi masa form 4 dan 5 aku berpisah kelas dengan Hasnah.
Masing-masing masuk kelas berlainan ikut bidang pilihan.Aku dan Nad masuk  kelas LK and ET(Lukisan Kejuruteraan dan Enginering Teknologi).Hasnah pulak masuk kelas Tasafuw islam dan Sue pulak masuk kelas sastera.Sedih sangat masa tu.Walaupun kami berpisah kelas tapi kami masih lagi di dalam satu unit pengangkap.Kami berkenalan dengan sue pun masa perjumpaaan pengangkap.Kami bertiga ni tak aktif mana pun dengan kokurikulum.Habis waktu koko balik rumah.Tapi kita orang suka bukak kedai kopi masa waktu Kokurikulum.hahaha:)




....The Moment...
*The moment aku rasa down sangat kawan yang selalu bagi semangat  dan kawan juga yang selalu menceriakan hari aku.Aku rasa beruntung sangat sebab ada kawan  macam Nad ,sue dan Hasnah.

*The moment aku sedih sangat masa subjek LK kami nak kena drop ,kawan  aku  Nad pun menangis sekali.Tiap kali bila aku  ingat balik, kelakar pun ada tapi sebenarnya aku terharu :(

*The moment aku tahu yang Nad  kembar,Rasa syok pun ada.Well,twin are usually a famous among others right? but sometimes i'm confuse which one is twin, kakak ke lelaki?Sebab twin lelaki tu  tak seiras tapi akak dia memang muka photostat dengan Nad ni.

*The moment aku tengok kawan-kawan aku jenis hardworking bila study ,aku selalu rasa tercabar.

*The moment aku dapat hadiah birthday even selotep comel pun aku still simpan lagi.Sama macam my friends nie.Kalau nak pilih hadiah kena yang bagi boleh simpan.Kalau tak habis coklat atau makanan yang aku bagi cair nanti.ngeee:P

*The moment aku dan hasnah fight kalahkan kaum lelaki yang arrogant dalam kelas kami.Kami rasa bahagia sangat:P

*The moment aku berkenalan dengan mak hasnah baru aku tahu dari mana datangnya sikap riang ria dia tu.Patut muka macam baby face.Makcik pandai buat lawak patut anak pun sempoi:)

*The moment aku dapat tahu mak Nad pergi meninggalkan dunia buat selamanya dan aku tak dapat datang ziarah dan bersama dengan dia.Aku rasa terkilan sangat.Tapi aku tahu Nad is a strong person that i had meet.Hanya doa dari jauh yang dapat aku iringi:(

*The moment Sue kawin aku sedih sangat tak dapat join jadi bridesmaid dia :(Times tu nama aku terpilih untuk join sukarelawan banjir ke Kelantan.Tapi aku  gembira sebab hajat dia nak kawin bawah pedang masa sekolah tercapai:)

Credit to Nad photo

*The moment semua kawan-kawan aku berjaya belajar hingga degree aku tumpang gembira.I'm proud with them.Nad success dalam kelas pertama Degree bachelors of administrative science  dan Hasnah pula tengah sambung buat master dalam banking.Aku dan Sue pulak tamat belajar dalam Diploma of Nursing dan sekarang masing -masing bekerja di sektor awam.

                                                          Credit to Nad photo





TQ FOR DROP HERE!



Day 6:My Favourite TV Show

Assalamualaikum......

Hey there!
Actually ,reality Tv Shows is not my feveret.Aku bukan jenis yang suka layan melodi,running man,AF...Woooo seriusly girl don't like it?Erm ahaaa....Aku baru teringat dulu aku suka sangat layan reality program  macam idola kecil ,clean house,interior design program.Terbaru di adalah home free.Yup,it's was absolutely my feveret shows .Tapi jarang layan dah sekarang ni.


Google source

Siapa pernah layan cerita ni dekat siaran astro DIVA,mesti rasa menyampah tengok owner rumah yang pengotor tu.Sometimes,aku rasa depa ni macam sengaja jer pun ada.Saja sepah-sepahkan rumah tu,macam sarang tikus.Then,clean house jadi penyelamat rumah kau.Lol:P

But that's not my point .Majoriti yang plan untk join tv show dorang nie ada masalah OCD bila membeli belah atau stop move on dalam life mereka.Tercipta lah  idea  home made closet dorang.

google source
Can i get this one:P

Google source

Home free rancangan series America yang terbaru di saluran Fox.Reality program pencarian pasangan yang mengimpikan rumah idaman mereka.Hosted by Mike Holmes.






TQ FOR DROP HERE!



P/S:source from wikipedia

Monday, 12 October 2015

Day 5:Favourite Movie That I Never get Sick

Assalamualaikum......

Masing -masing ada feveret movie .Tapi macam aku nie,kalau dah tengok sekali jarang dah tengok banyak kali.Unless,dah bosan sangat baru layan balik.Semua jenis movie semua bangsa  aku layan.Bergantung dari segi pelakon,jenis movie,jalan cerita.Tapi berbanding drama and movie.Aku lebih suka layan drama...Macam drama korea ngeeee:P

HOLYWOOD


Top 1 is always Tom Cruise.Best horror actor


Top 2 is always Adam sandler.Best comedy actor.Semua movie dia aku layan:p 


Top 3:Semua step up movie aku tak pernah miss.Tapi The Mob was most a great one.


Top 4: MacCarty  the funniest.Aku start minat dia masa dia berlakon dalam filem spy.Lawak kering gusi  aku dengan lawak spontant dia.Tengok banyak kali pun tak bosan.


Majoriti aku minat filem-filem aksi dan komedi holywood.Filem-filem melayu pun tak kurang hebat.Tapi lebih kepada komedi melayu.The best love story is always drama korea.Nak kongsi satu rahsia juga tadi aku  mention semua bangsa pun aku layan,kalau nak tahu aku minat lakonan vijay jugak,pelakon tamil tu:PItu sahaja yang boleh di kongsi.Korang pulak cam mana?



TQ FOR DROP HERE:)

Day 4:Best Childhood Memory

Assalamualaikum......


Dah puas tidur baru boleh update untuk topik cabaran semalam..


Google source

Memori childhood adalah kenangan lalu yang  kita akan ingat sampai bila-bila .Cerita lama selalu terpahat kuat di memori. Perbezaan zaman budak -budak dan sekarang dah tak sama dengan  arus moden kanak-kanak sekarang.Absolutely,made a huge differenciate!

OLD SCHOOL 
VS 
MODERN

Trend games budak dulu lebih extreme vaganza dari zaman moden sekarang .Lebih real lebih mencabar.Kalau tak percaya cuba tengok beg laundry .Dulu kalau balik jer dari rumah ,baju mesti bau masam ,kotor tak yah cakap .Sekararang nie moden ,main games electronik jer.Chiit!Picit button dah goal.Kita dulu berpeluh-peluh  nak dapatkan goal tu.

Kita dulu membesar dekat pertengahan bandar.Tapi still lagi extreme.
Siapa kata budak bandar tak main games extreme?Walaupun duduk pertengah bandar,kami extremes dan still famous dengan games rondes,galah panjang,guli,baling selipar ,batu seremban,congkak dll.Riuh dengan suara kita orang jer tahu!Tak de mak cik yang nak marah-marah.Tak de mak cik bedah yang datang mengadu.Sebab orang dulu dia lebih faham mentaliti kanan-kanak.Tapi jangan lah kau pergi main rondes dekat dengan kawasan rumah.Mau tak marah kalau tingkap rumah dia pecah.hahaha.Sekarang nie,masing-masing dah kawin.Nak jumpa pun susah.Last jumpa pun masa weeding.Rindu T_T

Google source

Baru lepas bukak album lama.
Teringat pulak  zaman raya  kanak-kanak kita.Setiap tahun kami beraya di kampung halaman mak di Melaka.Kampung belah ayah jarang sangat kami beraya,nenek dan atuk pun akan join kami sekali.So,masalah nak balik beraya kampung ayah atau mak tak pernah jadi isu.Sebab ayah dan mak aku sepupu .Kalau balik melaka nie wajib jumpa si Maz nie kalau kita orang tak balik raya mengajuk katanya,tak de kawan nak kumpul duit raya,tak de geng pillow talk malam mantai,tak de geng pecah rumah,tak de geng nak main bunga api lah.Hahaha.My cute lil' cousin.

Pagi raya,aku akan bangun awal berbanding orang lain.Sebab nak cop bilik air.
Tapi selalu jadi yang last juga bagi orang besar siap dulu.Yeke?#$% macam bukan jer,hahaha.Macam biasa sementara tunggu kaum lelaki balik solat raya,kami makan-makan dulu.Bersalaman dengan saudara mara.Last-last baru salam minta ampun  dengan mak ayah.Kita orang akan round satu kampung limbungan untuk kumpulkan duit raya.Masing -masing buat muka kesian nak dapatkan duit raya.Zaman  sekarang nie honest betul.Kalau beraya,mak cik rumah tu siap tanya lagi nak duit raya ke makan-makan.Sadis betul.Budaya oldschool dan moden dah tak sama.

Cerita raya aku biasa sahaja tapi banyak memori yang aku tak boleh lupa...

Petang tu kami  sambung balik raya .Orang dewasa jaga rumah tapi ada satu hari tu aku ,adik beradik dengan si maz  hampir kena kejar dengan anjing gila.Macam mana boleh terlepas tali pun aku tak tahu.Dah macam serigala bila aku tengok muka lapar anjing tu.Bukan sekor dua jer nie tiga ke empat ekor kot.Lari lintang pukang kami minta tolong.Sekali Pak cik tu tunjuk penyapu lidi dia terus anjing tu lari lintang pukang.Nasib ade orang dengar kalau tak maut kena virus gigitan anjing .Ngeri jer bila duk ingat.

Cerita aku hampir kena patuk dengan ular.Masa tu baru balik shoping raya dekat kedai runcit .Biasalah beli jajan dan game tikam lah kerjanya.Masa tu musim kemarau.Ular suka menonjolkan diri time nie.Aku tak perasan pulak yang terbelit dekat pagar rumah kosong tu ular.Ingatkan belukar yang duk lilit pagar*morning glory hang .Nasib cousin aku cepat-cepat tarik aku jauh sikit dari pagar.

Cerita lama susah untuk kita lupakan dan kalau nak cerita pun tak kan pernah habis dalam satu hari.
Well,we all miss old school thing.




p/s:Day 5 wil updated this night:P

Tabung Nufnang #