Saturday, 10 October 2015

Day 3:What Makes Me Happy?

Assalamualaikum......

Entry 2 in 1:Menyambut Hari Sukan Negara di Dataran Putrajaya


Bila bercakap pasal kegembiraan.
Apa yang membuatkan hati ini tersenyum girang dan rasa bahagia?Mesti jawapan  akan berpaling pada  golongan yang kita sayang.Without  them you will never feel happy!Keutamaan bagi yang masih belum berkahwin semestinya ahli keluarga yang kau wajib utamakan .Kau berjaya pun atas restu dan doa mereka.Walau kau bergaduh  dan tiada kefahaman sekali pun mereka tetap nombor satu .That why the best moment day is always with my family.



Nasib kami merantau tempat dekat jer.Kadang-kadang kesian mereka yang  merantau  jauh nie,balik kampung payah sekali nak dapat cuti.Sekali balik jer banyak kos yang habis.Apa pun aku tabik mereka ni kuat semangat.Tahu macam mana nak menghilangkan rindu yang bertamu di kampung halaman.Tahu bawa diri kat tempat orang.


Bila dah ade kat tempat orang,kau kena pandai bawa diri.
Kena bijak cari kawan yang baik,kawan yang boleh tolong kau susah dan senang,kawan yang selalu menceriakan hidup kau,kawan yang selalu ambil berat pasal kau.So,kawan adalah nombor 2 yang akan memberikan kau kebahagian.Sebab tu dari zaman sekolah aku akan memilih kawan.Bukan sebab aku sombong tapi tak nak hati ini terluka ,tak nak jadi orang tak berguna,dan semestinya tak nak salah pilih jalan.Dalam berkawan perlu ada toleransi,prihatin dan ketelitian dalam  memahami mereka.Sama macam alam rumah tangga.

Dalam dunia ni kau tak boleh jadi lone ranger selamanya.Sebab tu kena jaga ukhwah kita tak kiralah jiran ke ,rakan sekerja kah ,mak cik yang berniaga tepi jalan kah janji nilai murni kita amalkan.Pengalaman sentiasa mengajar kita.Pengalaman juga yang mendewasakan kita.

Seterusnya:Meraikan Hari sukan Negara


HARI SUKAN NEGARA

Aku nak cerita benda best ni!
Korang semua tahu tak 10.10.2015 nie tarikh apa?
Hari nie hari sukan Negara tahu.Aku pun baru tahu bila aku balik rumah pagi tadi.Baru balik habis shift malam.My housemate ajak pergi bersenam.Aku dengan muka mengantuk ni laju jer setuju sebab nampak macam menarik.Bukan selalu dapat gather dengan dorang nie.Mula-mula pergi kawasan dekat-dekat rumah jer depan petronas Persint 9,kat situ sabtu ahad dorang selalu buat aerobik.Tapi sekejap jer 15 minute jer itu pun warm up.Ngeee.Kalau pergi awal dapat T-Shirt free T_T



Pastu kita orang terus ge  Dataran putrajaya bila dengar kat situ ada acara anjuran sukan.Macam-macam ada.Bermula dari pukul 6am-6pm.Macam-macam aktiviti ada kat situ.Aerobik tak berhenti-henti kot sebab banyak jenis aerobik dorang buat.Zumba,tarian ,king boxing dll


Syok!lama kot aku tak join aerobik.Tapi bila masuk bab zumba macareno*mexico dance*aku start give up.Perggh laju kot.Hancus terus my dance ,hikhik:)Banyak aktiviti untuk budak-budak sekolah juga.Tak kurang juga untuk golongan remaja dan belia.Mana yang ada basikal racing tu boleh lah bawak.



Ok lah Cik N' dah tak dapat nak tahan mata nie.Last night duty today.Yang mana rasa bosan tak ke mana tu sempat jer lagi nak pergi.



p/s:Lambat benau line intenet phone ,nak download makan masa lama pulak,Ni jerlah gambar yang sempat N download.Tido dulu:0

2 comments:

Anonymous said...

Bestnya..Selamat Hari Sukan Negara..

shafiqhashim.blogspot.my/2015/10/permohonan-universiti-awam-sesi-2

a said...

sangat best:)

Tabung Nufnang #