Assalamualaikum......
Di antara berjuta-juta penulis paling aku suka semestinya karya Melur Jelita.Karya yang penuh dengan karisma dan garapan cerita yang tak pernah buat aku bosan walaupun terdiri lebih daripada 800 muka surat.Intipati yang bukan sahaja terdiri daripada elemen couple story malah ia juga terselit elemen yang mengajar kita akan erti kasih sayang antara keluarga,agama,bangsa ,negara dan benda hidup di sekeliling manusia.Senang cerita cukup rasa masam ,manis,pahit dalam kehidupan.Mempunyai maksud tersurat untuk dirungkaikan .
Penulis yang menggunakan nama pena Melur Jelita(MJ) ini merupakan anak jati Kelantan .Beliau merupakan lulusan USIM pada tahun 1993.Merupakan bekas pensyarah,kaunselor,penasihat badan pelajar ,fellow warden dan NGO bahagian dakwah.Ternyata karya MJ yang lahir mendapat tempat di hati para pembaca sehingga terbitannya di nobatkan best seller.Antaranya Awak Suka Saya Tak (ASST), I Love U Stupid (ILUS) dan My Precious Iris (MYPI).The Unsung Hero (TUH) .
Kalau saya jadi bunganya ?
''saya jadi tukang cantasnya'"
Kalau Saya jadi cincinnya?
"Saya jadi tukang gadainya"
Kalau saya jadi kumbangnya?
"Saya jadi tukang sembur racun.Shuh!shuh! pergi sana kumbang perosak bunga!"
~Never date a cop and never marry a cop! heartless,emotionless.Like robocop.Kahwin dengan mereka bermakna kahwin dengan negara~
~Never date a cop and never marry a cop! heartless,emotionless.Like robocop.Kahwin dengan mereka bermakna kahwin dengan negara~
Yang terbaharu "The One"yang merupakan sambungan The unsung Hero sudah pun di terbitkan dan bakal muncul di kedai buku berhampiran.Karya beliau juga mendapat tempat di dalam hati para produser dalam terbitan filem dan drama adaptasi novel yang juga bakal di tayangkan( ILUS,MYPI dan ASST).Berkat doa Divaz kalinya*pangilan MJ buat peminat dan pembaca setia karyanya* .Divaz yang lain juga berharap agar Kak MJ di kurniakan kesihatan yang baik dan sukses dalam bidang penulisan.Yang mana nak dapatkan The One dengan cepat boleh follow FB Melur Jelita .Sayang K.MJ ketat-ketat (XOXO).
No comments:
Post a Comment