Sunday, 29 March 2015

Chapters: "Rules to be a Good Housemate/roomate."

Assalamualaikum......

All of us had been live separate from our parent's betul tak?
Usually,we start to be independent after we reach at above 17 yrs..
Waktu kita mula melangkah ke dunia baru .



Nak atau tak nak kita kena hadam jugak walaupun kita rasa berat.
Selalunya ,kita mula hidup berdikari ni masa sambung pengajian atau bekerja lah.
 Itu  semua lumrah manusia.Even it's hard ,we need to take that road and explore its by ourselfe!

Tak mudah bagi semua orang untuk belajar menyesuaikan diri dan hidup berdikari
Sebab bukan semua orang biasa hidup susah.Mungkin sebelum nie semuanya bergantung pada orang tua kita .Mungkin juga kita susah masuk kepala dengan dia,kiranya get along with each other lah.




Bercerita mengenai  hidup berdikari pasti ada yang mengalami masalah dengan housemate atau roomate.Betul kan?baik mengaku,hahaa.Sebab Nesa pun dah melaluinya---->Pengotor tak yah cakap lah,no sensitivity dan masalah  bau badan pun ada,ini jarang lah kita jumpa sekarang bila usia meningkat sebab  dah banyak iklan deodorant kat media.Kalau ade pun,mungkin dia dah terbiasa bau badan sendiri dan tak tau beza dah:P



 Tak kan setiap kali kita ada masalah dengan rakan serumah,
 kita nak cari rumah atau bilik sewa baru.Even kita pindah sekali pun  belum tentu housemate kita perfect,betul tak?Kau lari kau jumpa balik orang cam gini atau mungkin lebih teruk dari tu.Entry kali nie ,dah lama sebenarnya Nesa nak tulis,bukan sebab tak puas hati dengan housemate cuma pengalaman diri sendiri. Apa yang penting adalah kesabaran dan bagaimana nak tackle dia.


Tak peka dengan waktu : 
  • Meganggu waktu orang tidur,bergayut tengah malam masa roomate nak tidur.--->Ini paling aku tak boleh sabar!Duhai kaum hawa di luar sana plisss peka akan kehadiran roomate anda.Kalau ia pun waktu panggilan lebih murah waktu  tengah malam and then raa privacy nak bergayut dengan kekasih hati.Ketahuilah bahawa anda sedang menganggu rakan anda dan segala perbualan anda itu di dengar oleh  roomate anda .Lain lah kalau dia memang dah lena lama dan tidur mati.Tu boleh lagi di maafkan.=kalau jmpa camnie,dah buat ehemehem pun buat dek jer.Korang beralah lah pada dia dulu.Ambil bantal selimut tido kat luar ,jangan lupa tutup pintu tu kuat sikit.Sikit jer tau.Then,mesti dia akan pelik punya.Esok dia pulak tido luar.Kalau kau rasa kau jenis outspoken direct to topik.lagi bagus.
  • Sesetengah orang memang susah nak lelap.Termasuk lah aku sendiri.Katakan,u need to study midnight and then housemate you pulak duk study dengan lampu bernyala terang.Beli lah satu lampu belajar.Kesian tau kat roomate.Esok roomate tu nak kena bangun pagi-pagi pergi kerja.Lain lah dia jenis tak kisah.

Pengotor:
  • Dia seorang yang sangat pengotor.Kalau jumpa boipren bukan main lagi,macam tertumpah 1 botol minyak wangi.Kalau masuk bilik dia confirm macam tongkang pecah.Bangun tidur jarang-jarang kemas katil..Almari tu macam tak ada almari.Habis disumbatnya .Malas nak lipat.Campak jer kat katil atau closet.Yang ini orang paling parah.Mandi pun satu kali sehari.Mandi malam jer.Pergi collegue tak mandi pagi.Euwww.SO and so lah jawabnya.Sebelum kita jadi maid dia dan sebelum kutu membiak kat rambut dia.Better buat sesuatu!
Pembersih:
  • Ini aku paling respect.Cuma apa yang aku nak cakap.Kalau rasa diri kita nie pembersih.Jangan bersih kat part bilik jer,tang tu jer hang kemas.Ruang tamu,dapur,bilik semua  pun kena  rajin bersihkan,Buat jadual kalau rasa kita jer yang bersihkan.Jangan nak buat bunyi perli ke apa.Cakap baik-baik sudah.Take note ok uolls.
Berkira:
  • Bila dah duduk satu rumah,janagan lah nak berkira.Macam kita duduk dengan parents.Kalau bercakap pasal berkira banyak aspek yang kita ambil kira.Buat jadual tugasan kemas rumah kalau rasa anda tak mampu nak handle,busy dengan kerja.Beli tong sampah sendiri kalau anda rasa everyone tak bekerjasama dan bertangjawab dengan sampah tersebut.So,senang korang nak detect sampah siapa.Rumah aku ada 4 tong sampah.
  • Duduk ramai-ramai memang best.Tapi dalam ramai-ramai tu mesti ada yang jenis berkira.Kata lah,nak buat group memasak.Selalunya perempuan lah kan.Aku suggest kan,korang buat tabung masak dalam group korang.Tabung tu untuk beli barang dapur jer.Yang mana syift tak sama tu susahlah kan.Siapa rasa dia free dia masak.Buat tabung bulanan lagi senang dari kutipan harian.Confirm mesti ada yang jenis tak berkira dan berkira.
Respect each others:
  • Jangan ganggu privacy rakan anda.Bilik it's our privacy room betul tak?Jangan sesuka hati bawa rakan dari luar masuk ke dalam bilik anda.Fikirkan tentang roomate atau housemate yang lain.Kalau betul-betul urgent,inform each others dapatkan persetujuan dari semua.
Meminjam:
  • Adat meminjam mestilah pulangkan pada tuan punya badan .Dalam keadaan yang barang yang masih baik dan menghantar pinjaman  balik mengikut waktu .Don't take without any permision.Kita tak tau apa yang bermain di minda orang lain.Mungkin barang tu ada special value dekat situ yang kita tak tau.Bukan sahaja barang tetapi makanan pun.Apa yang kita makan ,semua tu akan jadi darah daging kita.

 suka pada housemate yang sekarang?Me to
Sebenarnya banyak lagi point kalau nak di ikut kan..
but this is enough for me because nobody perfect in this world
Take your time to suit well with them.Go outing or anything else  to build  new friendships:P

2 comments:

Farah Waheda Wahid said...

nak cari roommate yang bersesuaian atau housemate yang bagus tak mudah kan?

a said...

Betul tu k.farah!mcam2 perangai^^

Tabung Nufnang #