Sunday, 24 November 2013

Kafein bagus atau tidak???

Assalamualaikum......


Cafeine bagus atau tidak untuk badan????
      Kafein adalah zat kimia yang tergolong dalam jenis alkaloid(zat organik yang mengandungi nitrogen).Kafein berasal dari tanaman yang dapat menstamulasi otak dan saraf.Selain kopi,kafein juga terdapat dalam minuman teh,cola,coklat,minuman bertenaga dan ubat-ubatan.Persoalannya di sini,adakah kafein itu bagus atau tidak ???

       Persoalan anda akan terjawab di dalam blog  weirdlavender.blogspot.com. Semuanya bergantung kepada kekerapan pengambilan kafein kerana......Kajian menunjukkan pengambilan kafein yang melebihi dari 4 cawan minuman kafein(500-600 mg) sehari , akan memberi kesan yang buruk pada badan seseorang..Sebaiknya  pengambilan minuman kafein perlu di terhadkan (limit 1-2 cawan sahaja dalam kehidupan seharian).

           Kerana mengikut kajian, badan manusia hanya boleh menerima 200-300 mg kafein sehari bersamaan 2-4 cawan kopi.Akan tetapi ia juga akan memberi kesan yang lebih teruk buat seseorang yang sensitif  pada kafein.Faktor sensitif itu mungkin  memberi kesan gelisah buat seseorang dan semuanya bergantung pada faktor kekerapan,umur,gender,pengambilan ubat, & sejarah kesihatan seseorang.

pic from wiki

       Ramai yang beranggapan  bahawa meminum kafein akan membantu mereka lebih peka,segar sekaligus, meningkatkan dos mood mereka.Selain itu,masih banyak juga kajian yang menyatakan bahawa kafein akan meningkatkan prestasi tugas kognitif (memori,perhatian ,dll).Malangnya kajian ini gagal mengambil kira tabiat pengamal kafein.

            Penyelidikan terbaru dari John Hopkins Medical Scool menunjukkan bahawa peningkatan prestasi hanya berlaku dalam jangka masa yang pendek sahaja selagi kafein tersebut masih terkandung di dalam badan dan  peningkatan prestasi tidak akan meningkat tanpa kafein di dalam badan.Akan tetapi kafein adalah tidak boleh disimpan terlalu lama di dalam badan kerana ia boleh dikategorikan mild diuretic( kekerapan pengeluaran air kencing yang banyak).Overdose pengambilan kafein,akan membawa ke tahap severe diuretic,yang boleh memberi kesan dehidrasi kepada seseorang.Pengeluaran kalsium dan magnesium di dalam air kencing yang banyak Sedikit sebanyak akan memberi kesan osteoporosis.(pastikan anda menggantikan  kalsium yang hilang dalam proses perkumuhan)



          Wanita yang menggemari minuman kafein akan memberi kesan terhadap masalah kesuburan. Mengikut Sciencedaily.risiko adalah tinggi buat ibu mengandung kerana kafein mengurangkan aktiviti otot di dalam tiub fallopion yang bertanggungjawab untuk menyampaikan telur dari ovari ke rahim anda.Ia juga boleh meningkatkan komplikasi kehamilan kerana ia melintasi plasenta dan sampai janin.Janin akan mempunyai metabolisme yang tidak matang kerana kafein boleh berlegar dalam sistem dan membina sehingga tahap toksik.Komplikasi  keguguran dan  kelahiran berat badan bayi yang rendah mungkin akan terjadi ,jika pengambilan kafein anda melebihi 200 hingga 300 mg setiap hari.

                Seperti mana-mana perangsang , kafein adalah fisiologi dan psikologi ketagihan. Jika anda memilih untuk mengurangkan pengambilan kafein anda, anda perlu berbuat demikian perlahan-lahan di bawah bimbingan seorang profesional perubatan yang berkelayakan. Para penyelidik di Johns Hopkins mendapati bahawa pengeluaran kafein menyebabkan sakit kepala, keletihan , mengantuk , dan kesukaran menumpukan perhatian. Sesetengah orang melaporkan rasa gejala seperti flu , kemurungan, dan kebimbangan selepas mengurangkan pengambilan oleh serendah satu cawan sehari. Perlahan-lahan tirus dos kafein anda setiap hari dapat mengurangkan gejala-gejala ini pengeluaran.



Blogger notes :
 #  akhirnya siap juga post research kafein nie...insyaallah nesa akan buat blogwalking kalau ada masa  fuhhh~

No comments:

Tabung Nufnang #